Bismillahirahmanirahim
Setelah sekian lama aku ‘puasa’ menulis, maka dengan tidak semena-mena, hati aku digerakkan untuk menggerakkan jari, menulis tulisan yang entah berapa nilainya.
Tulisan aku ni panjang, aku sangat menghargailah kalau ada orang yang membacanya, kalau dapat respon lebih-lebih lagi aku hargai.
Ceritanya begini, semalam, aku pergi pergi berjumpa Sidi Haidar di rumahnya untuk menjamah ikan bakar. Aku pun tak pasti sebab apa, tapi dengar-dengar kabar angin, Sidi Haidar tiba-tiba ingin ‘membayar zakat’ dengan jamu orang dengan ikan.
Dipendekkan cerita, aku pergi makan ikan bersama rakan yang lain.
Dipendekkan cerita, tengah makan-makan, tiba-tiba aku dan Sidi Haidar ‘berdebat’ tentang sistem matawang moden. Berdentum-dentam bunyinya kitorang berdebat (berbincang), Macam pasangan suami isteri tengah bertengkar.
Sidi Haidar kata, “Masalah ekonomi dunia sekarang ini disebabkan mata wang, dunia kena ikat balik duit dengan emas.”
” Tidak sama sekali, itu ialah mitos, ‘culprit’ musibah ekonomi yang kali ini (tegasan: musibah kali ini, bukan kali yang sebelumnya), adalah sistem credit yang tak terkawal, jangan dikacau sistem matawang, jangan salahkan nyamuk, sistem matawang dibakar,” aku melawan.
Begitulah kiranya perdebatan kami, berlarutanlah ia dengan panjangnya. Aku tengok muka member-member lain dah boring, ada yang mahu beransur, ada yang mahu tengok bola, ade yang nak pergi stadi sebab esok nak exam. Aku mula risau akan ditinggalkan member (risau pulak kalau semua mmber balik, nanti aku terpaksa balik jalan kaki, jauh ni).
Kerisauan aku menjadi kenyataan. Tinggallah aku berdua dengan Sidi Haidar berdebat (berbincang) tentang masalah matawang seolah-olah kami berdua budak jurusan ekonomi (padahal masing-masing noob). Member semua dah balik.
Cuma apa yang aku nak cerita, kesimpulan perdebatan kami adalah sangat menyedihkan aku. Sangat-sangat menyedihkan aku.
Aku jenis manusia yg obsess bermusim, kejap aku obsess dengan ilmu politik (tegasan: ilmu politik, bukan isu politik semasa) maka aku akan menghabiskan segenap masa, tenaga dan fikiran, membeli buku, membaca, me’wiki’, sehinggalah aku berjaya merungkai semua permasalahan ilmu politik yang menyerang minda aku. Selesai semua masalah, aku secara tabiinya akan obsess dengan benda lain, misalnya ekonomi, maka akan berulanglah proses sama.
Semua benda aku pernah obsess: ekonomi, politik, sosial, sejarah, macam-macam lagi. Aku bukan nak jadi pakar, malah aku jugak tak ingin menjadi pseudo-intelectual, Tapi apakan daya aku dihukum dengan sifat ingin tahu, dan aku ‘disumpah’ untuk terpaksa memenuhi curiosity tersebut.
Apa yang sangat menyedihkan aku, semua sumber yang aku dapat capai, dan guna untuk memenuhi curiosity aku, semua sumber sekular, semuanya sumber Barat. Lebih separuh ilmu dalam otak aku bersumberkan sumber sekular. Inilah yang meruntunkan hati aku.
Adakah aku tak percaya kemampuan ilmu Islam (atau Islam itu sendiri)?
Jawapanya tidak. Aku mengangap diri aku berjiwa Islam, aku sangat yakin dan beriktikad bahawa manusia ini akan selamat dunia akhirat dengan Islam. Aku juga sangat yakin Islam lengkap dan merangkumi semua sisi kehidupan manusia.
Memang ini yang aku rasa, dan memang ayat inilah yang selalu dialun-alunkan. Tapi ayat tinggal ayat, alunan tinggal alunan.
Persoalan aku, mana dia ilmu tersebut? Aku tak jumpa. Serius aku mencari, dan juga bertanya dengan orang yang ahli tentang persoalan yang menyerang otak aku, dan serius jugak aku sangat kecewa (sedih) dengan hasilnya.
Yang aku dapat hanyalah ‘kulit’. Yang aku nak ialah ‘isi’. Aku tak perlu makan ‘isi’ tersebut, cukuplah aku tahu yang ‘isi’ tu ada.
Aku ambil contohlah, bab ekonomi, melalui pencarian yang tak seberapa ini, aku telah “melihat” (bukan sekadar tahu), seluruh sistem ekomi yang dunia pakai hari ini berasaskan riba. Bukan diselubungi riba, tapi ASASnya riba!
Sejak riba dihalalkan dalam Kristian oleh Martin Luther sejak kurun ke-16, segala kegiatan ekonomi orang putih dibina atas sistem riba. Dibina sedikit demi sedikit sistem ekonomi mereka itu dengan berpaksikan riba. Proses ini berterusan selama beratus-ratus tahun sampailah hari ini.
Aku bagi analogi biar jelas lagi, kalau ekonomi moden ini satu bangunan, adalah amat salah jika dikatakan unsur riba dalam ekonomi sekarang adalah diwakili cat bangunan tersebut, orang Islam boleh lagi elak riba bila berekonomi asalkan tak terpalit cat tersebut.
Andaian begini sangat salah. Kalau sistem ekonomi moden adalah satu bangunan, foundation bangunan adalah riba, rangka bangunan adalah riba, simen bangunan adalah riba. Tinggallah perabot, meja, katil, tingkap, pintu yang tak nampak unsur riba. Macam mana umat Islam nak lari?
Dan sistem berpaksikan riba inilah yang satu dunia pakai, SATU DUNIA!! Tak kiralah negara-negara orang Islam ke tak, semua kerajaan kat dunia ni, balun pakai sistem ni. Manusia, muslim fokusnya, dari start celik mata, sampai masuk kubur ‘bergelumang’ dengan sistem ni.
Kenyataan “kita kena berbalik pada sistem Islam”, adalah sangat tak cukup, malah untuk orang yang imannya tak cukup kuat, ia sangat tidak meyakinkan. Kenyataan ini perlu disokong.
Ekonomi Islam ni macam mana? Bentuk macam mana? Hujung macam mana? Kalau jadi sekian, apa respon ekonomi Islam? Kalau jadi sekian pulak mcm mana? Etc… Give us the big, and complete picture of it. Aku akan puas kalau tahu, kalau esok Islam menang, harini aku boleh bayangkan ekonomi yang macam mana yang akan dipakai, macam mana bentuknya. Bukan esok menang, esok baru nak bagitahu macam mana.
Jadi kembalilah pada topik aku bersama Sidi Haidar tadi, dia kata ada dua benda, dan benda tersebut menambahkan kesedihan aku.
1) Feqh dalam Islam ni ada 2, feqh fardhi dan feqh ummah. Ilmu ekonomi, sosial, politik, governance, perundangan, semuanya termasuk dalam feqh ummah. Feqh ummah inilah yang Islam ketinggalan. Feqh fardhi selalu dibincangkan, tapi feqh ummah ini yang tak tau apa cerita. Telah terlalu lama feqh ummah ini diperkecilkan peranannya sampai majoriti ummat Islam zaman sekarang memikirkan Islam hanya terhad kepada ibadat-ibadat fardhi.
2) Umat Islam hari ini terputus dari ilmu Islam. Ilmu islam ini ‘terkubur’ dalam bahasa Arab (bukan aku nak kata bahasa Arab sudah hilang relevancy, ini hanya kiasan). Contoh terdekat dengan aku adalah diri aku sendiri. Bila orang yang tak mahir bahasa Arab nak tau pasal satu persoalan, atau masalah, lagi mudah dia capai buku English yang sekular berbanding ilmu Islam yang dalam bahasa Arab.
3) Yang ini aku punya pendapat sendiri, Islam sudah tiada “padang utk bermain”, hilang “ruang utk beraksi”, sudah kematian ‘ibu’nya. Dan ini pada pendapat aku adalah punca bagi dua masalah kat atas. Satu dunia tak gunakan sistem Islam, tak kiralah apa aspek pun, semua mengangkat sistem sekular.
Macam manalah feqh ummah nak berkembang, beraksi, dan membuktikan kejituan diri apabila tidak diberi peluang untuk ‘beraksi’ dan ‘bermain’?
Macam manalah keyakinan orang Islam tak runtuh apabila sistem Islam tertinggal dalam dada-dada buku dan retorik ayat-ayat?
Sama-samalah kita menghayati masalah ini, jangan duduk bergaduh benda yang dah lama settle, beratus-ratus tahun punya pun duk pusing benda yg sama jugak. Duk lagi nak mewahabikan oranglah, syiah tak syiahlah, jemaah tak jemaahlah, dari dulu duduk isu itu sajalah, tak sudah-sudah. Dunia sekarang ni tengah berlari duk tinggalkan kita, kita duduk buang masa dengan isu yang sememang merugikan kita secara keseluruhan.
Sampai kat sini sajalah yang aku dapat tulis, aku beristighfar kepada Allah kalau tersalah. Jika ada tersalah sila betulkan, jika ada tersinggung, sila bagitau, boleh aku mintak maaf. Apa pun, ini hanyalah luahan benak fikiran hati aku.