Archive for May, 2009

18
May
09

my broken heart

Semalam aku bangun lambat, dlm kul 9.30, mandi, baring2, layan tenet, layan youtube, huha huha…sampai pukul 12.30, barulah konon2nye ade mood nak study (lepas dah tatau nk buat ape).

Tapi tak study gak, gi amik buku medic letak tepi, tp gi bace buku lain, takde kaitan ngn medic (tajuk dirahsiakan), abis satu buku itu aku baca(buku byk diagram, skejap je abis)

Habis semayang zohor, jam menunjukkan pukul 2.30. “ok lah, stadi la plak, dlm kul 4.30 bole start cari daging nk masak plak”

Tiba-tiba member banjar aku call, kate ade main bola dari pukul 4 sampai 6. Dam!!! time mcm ni plak ade bola. Tapi apakan daya, bole ni bende penting, kena turun gak..

so, lepas stadi dalam sejam lebih, turunlah aku bermain bola dengan sepenuh hati dan jiwa, Penat gila babeng…tp puas.

Seperti biasa lepas main bola, sambil orang lain duduk lepak2 tepi padang, aku layan lagi main sepak2 bola, tiba2 datang Faris bagi phone kt aku, “Sidi Haidar nk ckp” die kata.

Aku pun, “wtf! aku atas padang pun cari aku, ni mesti ade sumthing” aku kata dalam hati.

“Ko dah abis main bola eh? Datang umah aku jap, ada benda nk ckp sikit ngn ko, tp dtg sorang2 je”

“wtf (lg skali), sidi haidar nk belasah aku!!” aku cuak “errrr, patik sembah derhaka, patik takut nak datang sorang, bawak amermeftah boleh tak?”

Nasib baik boleh…aku dah cuak dah sebenarnya hahaha…

Jadi datanglah aku ke rumah sidi haidar bersama amermeftah, Tp takde pape pun, saje borak2, cume hasil perjumpaan tu, aku rase aku terpaksa melanggar sifir dan tulis satu lg post dalam blog aku (sebab sifir blog aku ni, setakat ni setaun, 1 post).

Jadi inilah post tersebut, aku susun ikut gaya mahathir supaya lebih tersusun….

1) Ade 3 sebab aku tulis post yang sebelom ni:
i) Aku tak tahan tgk dunia sekular yg mcm skang, dan lg tak tahan tgk orang Islam yg ikut sekular, dan lg tak tahan tgk org yg baik dan kejar bende baik, tp pun tetap sekular secara tak sedar. Aku bukan nak jadi pandai atau memandai, Tp ikut kaca mata aku yg tak seberapa ni, sesetengah benda yang mungkin dipandang enteng di mata orang layan, aku nampak benda tu sekular (kaca mata aku lah).

Kita kata sekular ialah “pemisahan agama dalam pemerintahan”, semua orang yg tak setuju dengan yakin kata “Aku islam, aku tak sekular” Tp kita tak sedar, sekular ni dah menyerap habis masuk dalam minda subconscious kita.

a) Dalam PAS, tak habis2 polemik ulama dengan professional. Kenapa mesti ulama dan professional???? Ini nak panggil apa kalo bukan salah satu menifestasi sekular yg tak sedar?? Ini bukan aku sorang yang cakap, ini arwah Yusuf Rawa penah cakap, Saiful Islam penah cakap dalam antara post tebaru dia. Ini dalam PAS sendiri jd bendalah ini? Orang PAS sedar tak bende yg duk gado ni ialah sbb hasil sekular tersembunyi??

b) Kita nanti bila dah ade anak, untuk ilmu dunia, kita hantar anak pegi sekolah kebangsaan, nak ilmu agama, kita pegi anta anak pegi sek agama time petang.. tak ke ini sekular?? Aku tak kata jangan anta anak pegi salah satu sekolah, mmg takde pilihan pun sekarang, tp kita sedar tak bende ni adalah menifestasi sekular??

c) Kalo nak hal akhirat atau agama, kita pegi lah masjid atau surau. Hal selain tu (hal dunia), zaman skang, masjid dah takde fungsi. Nak hal-hal dunia, sumer luar masjid (ini secara general). Tidak kah ini sekular??? Cube perati orang agama lain, ade beza tak?? Kita sedar tak bendealah ini pun hasil sekular??

d) NGO Islam yg berniat baik, melawan arus sekular, hantar budak belajar medic (zaman skang, yg masih available ialah ilmu medic sekular), pastu wajibkan belajar ilmu agama sekian, hafal quran contohnya. Adakah benda ini bende yg baik? Pada aku sangat baik. Tp adakah sudah berjaya lari dari sekular, minta maaf, pada aku tidak.

e) Bole saja aku tulis contoh kerajaan Saudi contoh sekular luar biase yg kaw-kaw…tp tak sampai hati.

Aku tlg jawab balik 4 contoh diatas, kita secara general tak sedar unsur sekular dalam 4 contoh diatas. And truly, that breaks my heart.

f) Aku penah borak dengan seorang ayah kawan aku, die Phd ekonomi al-azhar, dan die terlibat masa msia baru nk buat sistem bank islam, die cite kt aku, die tak setuju ngn sistem bank islam msia, die kata lg, “Itu name je bank islam, interest ada lg, yg tertukar hanyelah dari name sekular pada name islam” Itu kata2 dia bulat2.

Ok, ni bukan sekuar, tp menipu name die. Cuma aku nk ckp, punya menularnya sekular dalam hidup kita, bile nak buat sistem bank islam yg btul2 tak sekular pun susah.

ii) Sbb lain aku tulis post sblom ni, adalah sebagai satu lontaran cabaran untuk kita sumer tentang masalah kita hari ini, tak kesahlah belajar medic ke agama ke. Pada aku fitnah terbesar umat Islam ialah sekularisme. Dan yg lain teruknya fitnah zaman skang ini fitnah tersembunyi. Orang tak sedar pun betapa jauh nye umat Islam terikut ngn fitnah sekularisme ni.

Ini lah fokus umat islam (kita) skang. Aku tatau mcm mana nak buat, atau pun apa yg perlu kita buat, tp langkah pertama utk mengatasi satu2 masalah ialah mengenal punca masalah. Dan realiti skang, punca masalah pun orang tak sedar kewujudannya, apatah lg nk mengenal. N again, that breaks my heart.

iii) Sbb terakhir aku tulis post sblom ni ialah, aku dah bosan dengar org duk sebuk tak abis2 bergaduh ngn masalah dah lama setle. Bergaduh shiah hentam sufi la, jemaah ni hentam itu, jemaah tu hentam ini, wahabi hentam sumer orang, semua org hentam wahabi(haha). Aduh hai, masalah tu umur beratus taun, dah lama selesai, sumer jawapan dah ade, Pegi la cari kt ulama.

Satu dunia dah tinggalkan umat islam, kita duk bergaduh lg. my heart’s broken again n again.

2) Mengenai post yg lepas, ada kerisauan terhadap aku tak yakin dengan Islam, itu aku tak kesah, sbb aku tau aku yakin. Dan tujuan aku tulis bukan sbb aku tak yakin. Tp ada kerisauan yg lain, takut org yg membaca plak tak yakin. Emmmm itu salah aku lah kalo tulisan aku misleading mcm tu. Aku langsung tak bermaksud mcm tu. Silalah yakin dengan Islam.

Cume zaman skang, yang menentukan kuasa ialah melalui peti undi, org bodo mcm mana pun mempunyai kuasa sama ngn org yg paling pandai kalo die boleh mengundi. Jadi kalo islam nk menang dengan peti undi, orang ramai mestilah diberi penerangan tentang sistem islam sebagai alternative sistem sekular. Dan pulak zaman skang, orang ramai sudah tak makan dengan suapan retorik. Sbb tu gerakan islam sudah tidak bole retorik.

Kalo kita retorik, kita bukan saje rugi, tp dipandang orang ramai sebagai tin kosong. Aku amik contoh ekonomi dalam post yg lepas sbb itu isu champion. Sbb itu org ramai kena dipahamkan mcm mana ekonomi Islam, bentuknya, kepalanya mcm mana, ekornya mcm mana, viability nya mcm mana, tugas kerajaan di mana, tugas peniaga di mana, tugas pengguna di mana. Bole hidup ke tak sistem ekonomi ini, kalo bole, buktikan, paling tidak pun dalam model teori. Benda yg mcm ni yg perlu diterangkan kepada ramai, sbb orang ramailah yg pegang kuase undi. Sbb persepsi kadang2 (atau sebenarnya hampir sepanjang masa) lagi penting drpd reality, as far as politic is concerned.

Dan inilah yg perlu dibuat, dan ini jugalah maksud tulisan aku yg lepas.

Jadi ini sahajalah tulisan aku untuk kali ini, aku nak tegaskan bahawa aku bukan anggap diri aku hero, atau aku tahu apa jawapan, atau mcm mana nk buat. Aku tahu aku bukan hero. Aku tatau kalo ditanye, ape yg perlu dibuat atau apa jawapannya. Aku ni hampeh je sbenarnya. Aku tulis apa yg terpendam dalam hati aku yg tujuannya hanyalah untuk kita sama-sama beringat Aku mintak maaf kalo ade salah dan mintak diberi tunjuk ajar kalo tersilap.

11
May
09

Realiti Islam, Realiti Manusia, Dan Realiti Hubungan Antara Keduanya

Bismillahirahmanirahim

Setelah sekian lama aku ‘puasa’ menulis, maka dengan tidak semena-mena, hati aku digerakkan untuk menggerakkan jari, menulis tulisan yang entah berapa nilainya.

Tulisan aku ni panjang, aku sangat menghargailah kalau ada orang yang membacanya, kalau dapat respon lebih-lebih lagi aku hargai.

Ceritanya begini, semalam, aku pergi pergi berjumpa Sidi Haidar di rumahnya untuk menjamah ikan bakar. Aku pun tak pasti sebab apa, tapi dengar-dengar kabar angin, Sidi Haidar tiba-tiba  ingin ‘membayar zakat’ dengan jamu orang dengan ikan.

Dipendekkan cerita, aku pergi makan ikan bersama rakan yang lain.

Dipendekkan cerita, tengah makan-makan, tiba-tiba aku dan Sidi Haidar ‘berdebat’ tentang sistem matawang moden. Berdentum-dentam bunyinya kitorang berdebat (berbincang), Macam pasangan suami isteri tengah bertengkar.

Sidi Haidar kata, “Masalah ekonomi dunia sekarang ini disebabkan mata wang, dunia kena ikat balik duit dengan emas.”

” Tidak sama sekali, itu ialah mitos, ‘culprit’ musibah ekonomi yang kali ini (tegasan: musibah kali ini, bukan kali yang sebelumnya), adalah sistem credit yang tak terkawal, jangan dikacau sistem matawang, jangan salahkan nyamuk, sistem matawang dibakar,” aku melawan.

Begitulah kiranya perdebatan kami, berlarutanlah ia dengan panjangnya. Aku tengok muka member-member lain dah boring, ada yang mahu beransur, ada yang mahu tengok bola, ade yang nak pergi stadi sebab esok nak exam. Aku mula risau akan ditinggalkan member (risau pulak kalau semua mmber balik, nanti aku terpaksa balik jalan kaki, jauh ni).

Kerisauan aku menjadi kenyataan. Tinggallah aku berdua dengan Sidi Haidar berdebat (berbincang) tentang masalah matawang seolah-olah kami berdua budak jurusan ekonomi (padahal masing-masing noob). Member semua dah balik.

Cuma apa yang aku nak cerita, kesimpulan perdebatan kami adalah sangat menyedihkan aku. Sangat-sangat menyedihkan aku.

Aku jenis manusia yg obsess bermusim, kejap aku obsess dengan ilmu politik (tegasan: ilmu politik, bukan isu politik semasa) maka aku akan menghabiskan segenap masa, tenaga dan fikiran, membeli buku, membaca, me’wiki’, sehinggalah aku berjaya merungkai semua permasalahan ilmu politik yang menyerang minda aku. Selesai semua masalah, aku secara tabiinya akan obsess dengan benda lain, misalnya ekonomi, maka akan berulanglah proses sama.

Semua benda aku pernah obsess: ekonomi, politik, sosial, sejarah, macam-macam lagi. Aku bukan nak jadi pakar, malah aku jugak tak ingin menjadi pseudo-intelectual, Tapi apakan daya aku dihukum dengan sifat ingin tahu, dan aku ‘disumpah’ untuk terpaksa memenuhi curiosity tersebut.

Apa yang sangat menyedihkan aku, semua sumber yang aku dapat capai, dan guna untuk memenuhi curiosity aku, semua sumber sekular, semuanya sumber Barat. Lebih separuh ilmu dalam otak aku bersumberkan sumber sekular. Inilah yang meruntunkan hati aku.

Adakah aku tak percaya kemampuan ilmu Islam (atau Islam itu sendiri)?

Jawapanya tidak. Aku mengangap diri aku berjiwa Islam, aku sangat yakin dan beriktikad bahawa manusia ini akan selamat dunia akhirat dengan Islam. Aku juga sangat yakin Islam lengkap dan merangkumi semua sisi kehidupan manusia.

Memang ini yang aku rasa, dan memang ayat inilah yang selalu dialun-alunkan. Tapi ayat tinggal ayat, alunan tinggal alunan.

Persoalan aku, mana dia ilmu tersebut? Aku tak jumpa. Serius aku mencari, dan juga bertanya dengan orang yang ahli tentang persoalan yang menyerang otak aku, dan serius jugak aku sangat kecewa (sedih) dengan hasilnya.

Yang aku dapat hanyalah ‘kulit’. Yang aku nak ialah ‘isi’. Aku tak perlu makan ‘isi’ tersebut, cukuplah aku tahu yang ‘isi’ tu ada.

Aku ambil contohlah, bab ekonomi, melalui pencarian yang tak seberapa ini, aku telah “melihat” (bukan sekadar tahu), seluruh sistem ekomi yang dunia pakai hari ini berasaskan riba. Bukan diselubungi riba, tapi ASASnya riba!

Sejak riba dihalalkan dalam Kristian oleh Martin Luther sejak kurun ke-16, segala kegiatan ekonomi orang putih dibina atas sistem riba. Dibina sedikit demi sedikit  sistem ekonomi mereka itu dengan berpaksikan riba. Proses ini berterusan selama beratus-ratus tahun sampailah hari ini.

Aku bagi analogi biar jelas lagi, kalau ekonomi moden ini satu bangunan, adalah amat salah jika dikatakan unsur riba dalam ekonomi sekarang adalah diwakili cat bangunan tersebut, orang Islam boleh lagi elak riba bila berekonomi asalkan tak terpalit cat tersebut.

Andaian begini sangat salah. Kalau sistem ekonomi moden adalah satu bangunan, foundation bangunan adalah riba, rangka bangunan adalah riba, simen bangunan adalah riba. Tinggallah perabot, meja, katil, tingkap, pintu yang tak nampak unsur riba. Macam mana umat Islam nak lari?

Dan sistem berpaksikan riba inilah yang satu dunia pakai, SATU DUNIA!! Tak kiralah negara-negara orang Islam ke tak, semua kerajaan kat dunia ni, balun pakai sistem ni. Manusia, muslim fokusnya, dari start celik mata, sampai masuk kubur ‘bergelumang’ dengan sistem ni.

Kenyataan “kita kena berbalik pada sistem Islam”, adalah sangat tak cukup, malah untuk orang yang imannya tak cukup kuat, ia sangat tidak meyakinkan. Kenyataan ini perlu disokong.

Ekonomi Islam ni macam mana? Bentuk macam mana? Hujung macam mana? Kalau jadi sekian, apa respon ekonomi Islam? Kalau jadi sekian pulak mcm mana? Etc… Give us the big, and complete picture of it. Aku akan puas kalau tahu, kalau esok Islam menang, harini aku boleh bayangkan  ekonomi yang macam mana yang akan dipakai, macam mana bentuknya. Bukan esok menang, esok baru nak bagitahu macam mana.

Jadi kembalilah pada topik aku bersama Sidi Haidar tadi,  dia kata ada dua benda, dan benda tersebut menambahkan kesedihan aku.

1)      Feqh dalam Islam ni ada 2, feqh fardhi dan feqh ummah. Ilmu ekonomi, sosial, politik, governance, perundangan, semuanya termasuk dalam feqh ummah. Feqh ummah inilah yang Islam ketinggalan. Feqh fardhi selalu dibincangkan, tapi feqh ummah ini yang tak tau apa cerita. Telah terlalu lama feqh ummah ini diperkecilkan peranannya sampai majoriti ummat Islam zaman sekarang memikirkan Islam hanya terhad kepada ibadat-ibadat fardhi.

2)      Umat Islam hari ini terputus dari ilmu Islam. Ilmu islam ini ‘terkubur’ dalam bahasa Arab (bukan aku nak kata bahasa Arab sudah hilang relevancy, ini hanya kiasan). Contoh terdekat dengan aku adalah diri aku sendiri. Bila orang yang tak mahir bahasa Arab nak tau pasal satu persoalan, atau masalah, lagi mudah dia capai buku English yang sekular berbanding ilmu Islam yang dalam bahasa Arab.

3)      Yang ini aku punya pendapat sendiri, Islam sudah tiada “padang utk bermain”, hilang “ruang utk beraksi”, sudah kematian ‘ibu’nya. Dan ini pada pendapat aku adalah punca bagi dua masalah kat atas. Satu dunia tak gunakan sistem Islam, tak kiralah apa aspek pun, semua mengangkat sistem sekular.

Macam manalah feqh ummah nak berkembang, beraksi, dan membuktikan kejituan diri apabila tidak diberi peluang untuk ‘beraksi’ dan ‘bermain’?

Macam manalah keyakinan orang Islam tak runtuh apabila sistem Islam tertinggal dalam dada-dada buku dan retorik ayat-ayat?

Sama-samalah kita menghayati masalah ini, jangan duduk bergaduh benda yang dah lama settle, beratus-ratus tahun punya pun duk pusing benda yg sama jugak. Duk lagi nak mewahabikan oranglah, syiah tak syiahlah, jemaah tak jemaahlah, dari dulu duduk isu itu sajalah, tak sudah-sudah. Dunia sekarang ni tengah berlari duk tinggalkan kita, kita duduk buang masa dengan isu yang sememang merugikan kita secara keseluruhan.

Sampai kat sini sajalah yang aku dapat tulis, aku beristighfar kepada Allah kalau tersalah. Jika ada tersalah sila betulkan, jika ada tersinggung, sila bagitau, boleh aku mintak maaf. Apa pun, ini hanyalah luahan benak fikiran hati aku.




 

May 2009
M T W T F S S
« Sep   Jun »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.