Bismillahirahmanirahim
Setelah sekian lama aku ‘puasa’ menulis, maka dengan tidak semena-mena, hati aku digerakkan untuk menggerakkan jari, menulis tulisan yang entah berapa nilainya.
Tulisan aku ni panjang, aku sangat menghargailah kalau ada orang yang membacanya, kalau dapat respon lebih-lebih lagi aku hargai.
Ceritanya begini, semalam, aku pergi pergi berjumpa Sidi Haidar di rumahnya untuk menjamah ikan bakar. Aku pun tak pasti sebab apa, tapi dengar-dengar kabar angin, Sidi Haidar tiba-tiba ingin ‘membayar zakat’ dengan jamu orang dengan ikan.
Dipendekkan cerita, aku pergi makan ikan bersama rakan yang lain.
Dipendekkan cerita, tengah makan-makan, tiba-tiba aku dan Sidi Haidar ‘berdebat’ tentang sistem matawang moden. Berdentum-dentam bunyinya kitorang berdebat (berbincang), Macam pasangan suami isteri tengah bertengkar.
Sidi Haidar kata, “Masalah ekonomi dunia sekarang ini disebabkan mata wang, dunia kena ikat balik duit dengan emas.”
” Tidak sama sekali, itu ialah mitos, ‘culprit’ musibah ekonomi yang kali ini (tegasan: musibah kali ini, bukan kali yang sebelumnya), adalah sistem credit yang tak terkawal, jangan dikacau sistem matawang, jangan salahkan nyamuk, sistem matawang dibakar,” aku melawan.
Begitulah kiranya perdebatan kami, berlarutanlah ia dengan panjangnya. Aku tengok muka member-member lain dah boring, ada yang mahu beransur, ada yang mahu tengok bola, ade yang nak pergi stadi sebab esok nak exam. Aku mula risau akan ditinggalkan member (risau pulak kalau semua mmber balik, nanti aku terpaksa balik jalan kaki, jauh ni).
Kerisauan aku menjadi kenyataan. Tinggallah aku berdua dengan Sidi Haidar berdebat (berbincang) tentang masalah matawang seolah-olah kami berdua budak jurusan ekonomi (padahal masing-masing noob). Member semua dah balik.
Cuma apa yang aku nak cerita, kesimpulan perdebatan kami adalah sangat menyedihkan aku. Sangat-sangat menyedihkan aku.
Aku jenis manusia yg obsess bermusim, kejap aku obsess dengan ilmu politik (tegasan: ilmu politik, bukan isu politik semasa) maka aku akan menghabiskan segenap masa, tenaga dan fikiran, membeli buku, membaca, me’wiki’, sehinggalah aku berjaya merungkai semua permasalahan ilmu politik yang menyerang minda aku. Selesai semua masalah, aku secara tabiinya akan obsess dengan benda lain, misalnya ekonomi, maka akan berulanglah proses sama.
Semua benda aku pernah obsess: ekonomi, politik, sosial, sejarah, macam-macam lagi. Aku bukan nak jadi pakar, malah aku jugak tak ingin menjadi pseudo-intelectual, Tapi apakan daya aku dihukum dengan sifat ingin tahu, dan aku ‘disumpah’ untuk terpaksa memenuhi curiosity tersebut.
Apa yang sangat menyedihkan aku, semua sumber yang aku dapat capai, dan guna untuk memenuhi curiosity aku, semua sumber sekular, semuanya sumber Barat. Lebih separuh ilmu dalam otak aku bersumberkan sumber sekular. Inilah yang meruntunkan hati aku.
Adakah aku tak percaya kemampuan ilmu Islam (atau Islam itu sendiri)?
Jawapanya tidak. Aku mengangap diri aku berjiwa Islam, aku sangat yakin dan beriktikad bahawa manusia ini akan selamat dunia akhirat dengan Islam. Aku juga sangat yakin Islam lengkap dan merangkumi semua sisi kehidupan manusia.
Memang ini yang aku rasa, dan memang ayat inilah yang selalu dialun-alunkan. Tapi ayat tinggal ayat, alunan tinggal alunan.
Persoalan aku, mana dia ilmu tersebut? Aku tak jumpa. Serius aku mencari, dan juga bertanya dengan orang yang ahli tentang persoalan yang menyerang otak aku, dan serius jugak aku sangat kecewa (sedih) dengan hasilnya.
Yang aku dapat hanyalah ‘kulit’. Yang aku nak ialah ‘isi’. Aku tak perlu makan ‘isi’ tersebut, cukuplah aku tahu yang ‘isi’ tu ada.
Aku ambil contohlah, bab ekonomi, melalui pencarian yang tak seberapa ini, aku telah “melihat” (bukan sekadar tahu), seluruh sistem ekomi yang dunia pakai hari ini berasaskan riba. Bukan diselubungi riba, tapi ASASnya riba!
Sejak riba dihalalkan dalam Kristian oleh Martin Luther sejak kurun ke-16, segala kegiatan ekonomi orang putih dibina atas sistem riba. Dibina sedikit demi sedikit sistem ekonomi mereka itu dengan berpaksikan riba. Proses ini berterusan selama beratus-ratus tahun sampailah hari ini.
Aku bagi analogi biar jelas lagi, kalau ekonomi moden ini satu bangunan, adalah amat salah jika dikatakan unsur riba dalam ekonomi sekarang adalah diwakili cat bangunan tersebut, orang Islam boleh lagi elak riba bila berekonomi asalkan tak terpalit cat tersebut.
Andaian begini sangat salah. Kalau sistem ekonomi moden adalah satu bangunan, foundation bangunan adalah riba, rangka bangunan adalah riba, simen bangunan adalah riba. Tinggallah perabot, meja, katil, tingkap, pintu yang tak nampak unsur riba. Macam mana umat Islam nak lari?
Dan sistem berpaksikan riba inilah yang satu dunia pakai, SATU DUNIA!! Tak kiralah negara-negara orang Islam ke tak, semua kerajaan kat dunia ni, balun pakai sistem ni. Manusia, muslim fokusnya, dari start celik mata, sampai masuk kubur ‘bergelumang’ dengan sistem ni.
Kenyataan “kita kena berbalik pada sistem Islam”, adalah sangat tak cukup, malah untuk orang yang imannya tak cukup kuat, ia sangat tidak meyakinkan. Kenyataan ini perlu disokong.
Ekonomi Islam ni macam mana? Bentuk macam mana? Hujung macam mana? Kalau jadi sekian, apa respon ekonomi Islam? Kalau jadi sekian pulak mcm mana? Etc… Give us the big, and complete picture of it. Aku akan puas kalau tahu, kalau esok Islam menang, harini aku boleh bayangkan ekonomi yang macam mana yang akan dipakai, macam mana bentuknya. Bukan esok menang, esok baru nak bagitahu macam mana.
Jadi kembalilah pada topik aku bersama Sidi Haidar tadi, dia kata ada dua benda, dan benda tersebut menambahkan kesedihan aku.
1) Feqh dalam Islam ni ada 2, feqh fardhi dan feqh ummah. Ilmu ekonomi, sosial, politik, governance, perundangan, semuanya termasuk dalam feqh ummah. Feqh ummah inilah yang Islam ketinggalan. Feqh fardhi selalu dibincangkan, tapi feqh ummah ini yang tak tau apa cerita. Telah terlalu lama feqh ummah ini diperkecilkan peranannya sampai majoriti ummat Islam zaman sekarang memikirkan Islam hanya terhad kepada ibadat-ibadat fardhi.
2) Umat Islam hari ini terputus dari ilmu Islam. Ilmu islam ini ‘terkubur’ dalam bahasa Arab (bukan aku nak kata bahasa Arab sudah hilang relevancy, ini hanya kiasan). Contoh terdekat dengan aku adalah diri aku sendiri. Bila orang yang tak mahir bahasa Arab nak tau pasal satu persoalan, atau masalah, lagi mudah dia capai buku English yang sekular berbanding ilmu Islam yang dalam bahasa Arab.
3) Yang ini aku punya pendapat sendiri, Islam sudah tiada “padang utk bermain”, hilang “ruang utk beraksi”, sudah kematian ‘ibu’nya. Dan ini pada pendapat aku adalah punca bagi dua masalah kat atas. Satu dunia tak gunakan sistem Islam, tak kiralah apa aspek pun, semua mengangkat sistem sekular.
Macam manalah feqh ummah nak berkembang, beraksi, dan membuktikan kejituan diri apabila tidak diberi peluang untuk ‘beraksi’ dan ‘bermain’?
Macam manalah keyakinan orang Islam tak runtuh apabila sistem Islam tertinggal dalam dada-dada buku dan retorik ayat-ayat?
Sama-samalah kita menghayati masalah ini, jangan duduk bergaduh benda yang dah lama settle, beratus-ratus tahun punya pun duk pusing benda yg sama jugak. Duk lagi nak mewahabikan oranglah, syiah tak syiahlah, jemaah tak jemaahlah, dari dulu duduk isu itu sajalah, tak sudah-sudah. Dunia sekarang ni tengah berlari duk tinggalkan kita, kita duduk buang masa dengan isu yang sememang merugikan kita secara keseluruhan.
Sampai kat sini sajalah yang aku dapat tulis, aku beristighfar kepada Allah kalau tersalah. Jika ada tersalah sila betulkan, jika ada tersinggung, sila bagitau, boleh aku mintak maaf. Apa pun, ini hanyalah luahan benak fikiran hati aku.
cuti summer kang jgn balik. amek kelas arab, mantapkan balik bhs arab. then bukak kitab y related. dlm kitab itu mcm2 bende ade
bes2….dihukum dengan rasa ingin tahu? ayat yang menarek
biasalah..anak muda, sifatnya ingin ketahui..terus, kenalah membaca..orang yang malas membaca adalah kaki bodek, kaki ampu dan mat poyo (contoh mat bebal paling terbaik adalah perwakilan kelab umno luar negara dari southampton yang mencadangkan pmaram diharamkan)
Afifah, bukan itu isunya, dan juga bukan diri saya yg menjadi isu. Saya hanye watak dalam kisah yg sy citer sendiri.
Tp takpelah kalo itu yg ingin dihighlightkan, agak tak bes jika tidak berbalas. Saya ingin menaqalkan Sidi Haidar yg menaqalkan kata mufti mesir yg didengarnya (sy harap tak salah naqal).
katanya, mmg ilmu feqh ummah islam agak ketinggalan, malah terputus dengan realiti harini. Ilmu feqh ummah yg ada tertinggal di zaman dahulu malah seolah-olah tidak dpt dikaitkan dgn realiti zaman skang. Sy ulang, tidak dapat dikaitkan dgn realiti kehidupan zaman skang. Apatah lg kita org kebanyakan.
Sy sgt yakin Sheikh Mufti bukan memperkecilkan ilmu islam yg ada, cume Sheikh Mufti nak kata, ulama kena kembangkan balik ilmu yg dah ada sampai org ramai bole pandang islam dan kehidupan, sama mcm org skang pandang sekularisme dgn kehidupan.
Dan hasil tersebut bukan hanye butiran di mulut seperti yg jd skang, kalo butiran dimulut, sumer org bole ckp, tp ini adalah niat dalam hati, secara sedar, apatah lg secara tidak sedar….
Dan bende ini la yg menjadi mission Sheikh Ali Gum’ah. Iaitu kembalikan islam kepada realiti zaman skang, dari sekecik perkara, hingga besar perkara.
Cume yg sy risau, mcm point diatas, utk mencapai mission tersebut, islam perlu diberi “tempat beraksi”, seperti sistem yg ada skang(sekular), menjadi seperti sistem harini selepas dibenarkan berjalan selama beratus taun…
Ahh, penat menulis point yg sama, cube baca elok2 lg skali.
p/s= Sidi Haidar “Org mcm Sheilkh Ali ah yg btul2 tajdid sejati, bukan mcm Asri” aku hanye tertawa..
Akhir nye aku tau, salah aku org tak nampak apa yg aku nk tulis, emm, tajuk asal pada pandangan aku hanyela bende trivial, tp misleading plak,
k tajuk edited.
Susah pulak orang nak paham sebab orang tak kenal kita dan suka buat andaian.
Tu la aku cakap tajuk tu penting.
“macam laki bini gaduh”? haha. Bolehla. Maka kami anak2 yg x memahami ujung pangkal pn beredar ke alam realiti kami.
Hohoho, tapi anak-anak kena ambik tau jugak sebab ini hal famili dan nanti anak-anak akan tua jugak, hohoho.
perkra ini ibarat beberapa perkara complcated lain y hanya mampu diperdebatkan, dibincangkan.pjg berjela namun aplikasinya sgt sukar. tp might be helping shud be there any of u@us y akan jd org bsar lalu mempraktikkan theory2 trsebut. at least ppl will hv the idea.
hanya mampu menjadi anak2.
Peng ni. Hehe.
Kte komen cara matangla. Tolak tepi citer laen dan emosi.
Aku akui ade benarnye point2 ko dlm post ni.
Aku pun tak minat sgt nak panjang2 isu wahabi, mcm yasir ckp, tak bkembang. Tp da org da bukak, takkan nak biar je tanpa jawab balek ape yg salah.
Takpela.
Tp aku snirik da lame mjengah ke bidang sains politik mat, bukan buat2 pandai or pseudo intelectual. Aku minat bidang ni. Dan aku minat muzik.
Mat, dunia ade byk aspek, byk perspektif.
Dan cam tu jgk dlm stp hal, stp msalah.
Mungkin perspektif ko dan org laen anggap bincang msalah wahabi ni ketinggalan.
Tp dr aspek yg laen, bnda ni perlu dijelaskan balek, diputarkan balik sejarah, pdebatan ttgnye. So org bley tau jgkla paling kurang. Walopun ramai yg pening dan mninggalkan isu2 kontroversi ni.
Aku hormat keinginan ko utk fokus dlm bidang2 yg umat islam ttinggal lg ni. Mintak ko hormat jgkla bnda2 yg “terpaksa” disentuh lg ni.
Dr Ali Jumuah sokong islam hadhari. cane tu mat? hehe. Kate yasir, dlm website Dr Ali Jumuah, Dr Ali yg anti wahabi tu pun tolak pembahagian bid’ah kpd bid’ah hasanah dan laen2 lg pembahagian. Hanye ade bid’ah dolalah. Aku x check lg website tu.
Dunia mcm2 warna mat. Mcm ko tegur aku, manusia mcm2 jenis. Dan terimala bdak2 yg duk bdebat ni sbg salah 1 warnanya mat. Aku rase ko da lbey dr phm kot. Hehe.
Papehal, jemputla dtg Alex, lame x dtg umah aku.
Bilik aku baru cat ni. Hehe. Ujung bulan ni mak pak boi dtg, kot2 bleh jumpe. Bapak die pakar gak bisnes2 ni, mane tau ko ley korek ilmu dr bapak die, wat kawan ke. Tak pun silap2 dpt peluang bisnes, jutawan yg byk pengalaman tu mat. k la. Harap tak ilang kawan yg bndama Mamat Syeikh Ibrahim. Peace!
Bagus, mcm ni la yg matang, kan bagus kalo semua manusia yg di’cuit ko menerima tulisan yg matang mcm ni drpd ko.
Nnt la kalo ade umur aku dtg alex.
Aku tak fokus kt mana2, sbb tuhan dah tunjuk jalan utk aku, jalan yg tuhan bg utk aku skang jalan medic, so kt situ la aku.
Aku tak bercadang pun nak jadi hero, cume aku nak lontarkan persoalan: kalo ditakdirkan Islam menang esok, katalah kt msia, bentuk yg mcm mana yg orang ramai akan terima nnt, tak kesah lah aspek mana pun. Aku nak tanye, kite ade idea ke tak nk isi mcm mana, bukan retorik “kita akan isi dgn Islam”….
salam abg mat, safwan pemenang yg perkenalkan blog abg kat sy.. sy betul2 tertarik dgn kupasan abg dalam post ni.. dah lama saya terfikir, tapi, tak pandai nak luahkan.. tapi, abg telah LUAH dan JELASKAN MASALAH UMAT ni dengan JELAS dan TERANG… thanks.. dan tahniah..
sebelum tu, blh tak tlg kupaskan dengan lebih terang paragraph ni?
“Macam manalah feqh ummah nak berkembang, beraksi, dan membuktikan kejituan diri apabila tidak diberi peluang untuk ‘beraksi’ dan ‘bermain’?”
ttg feqh ummah yg abg kupas tu, mmg cukup2 menarik..
pada saya, ketidakadaan sistem Islam yg cukup jelas dan praktikal bukan salah ulama’ Islam semata2, tapi juga salah golongan pelajar yg bukan agama(maksud sy–> ilmu mcm medik, engineer dll)..
kalau gol pelajar mcm kt ni, kuasai betul2 bidang kita, dan kita bantu plak bantu us2 utk menterjemahkan teori2 ilmu dalam kitab2 Islam ke bentuk yg lebih praktikal dan waqi’i. sebab pd sy, zaman sekarang, perkembangan ilmu berlaku terlalu laju dan luas, terlalu SUSAH dan blh dikatakan MUSTAHIL utk mereka kuasai ilmu2 Islam dan kuasai ilmu2 ‘keduniaan’(medik, ekonomi dll) dalam masa yg serentak.
di mana fungsi golongan doktor, engineer, pakar2 ekonomi dll utk berikan kefahaman kepada ustaz2 tentang sistem yg digunapakai pada masa sekarang, utk memudahkan mereka mengislamisasikan ke bentuk yg lebih praktikal dan waqi’e..
utk itu, hubungan kita dengan golongan ulama’ Islam mesti dipupuk dari sekarang, penguasaan kita dalam bidang kita sekarang perlu dikuasai sepenuhnya, kemahuan kita dalam menjadikan Islam sebagai satu sistem yg diguna pakai dalam sistem dunia mesti terus membara dari semasa ke semasa dan kefahaman ini pula mesti ditanamkan dalam benak setiap muslim(agamawan atau profesional)..
spy, islamisasi ilmu itu berlaku dan dapat DITERJEMAHKAN ke bentuk yg lebih praktikal dan waqi’e..
dan kerja ini bukan mudah, perlukan masa dan segalanya..
u/p: ops maaf abg mat, terpanjang plak,(maklumlah, benda yg sama terfikir, tu yang banyak idea nak tulis tu..) maaf salah dan silap,
ok, selamat berjuang.. salam
emmm, tak perasan plak ko komen safwan, btul la bende yg ko ckp, bende ni berlaku bukan dalam masa sehari, dan bukan leh pulihkan dalam masa sehari, hell aku rase sampai aku mati pun keadaan tetap mcm ni jgk (makna nye tak dpt tgk la impian aku ni)
aku tak salah kan ulama ke ape, cume tulisan ni mmg ditujukan utk org yg belaja agama…kire mcm melontarkan satu cabaran la jgk utk diorang.
Cume aku pelik, kitanye pemikiran pun dah jadi secular (sbb tu aku tulis bendealah ni),
kenapa kalo agamawan, mesti lawan die professional?? bukan ke ni ade unsur sekular? kalo die professional, maknenye die takkan jd ahli ilmu agama? dunia skang mcm tu kan?
Ini lah sekular yg tak nampak.
panjang plak kalo nak tulis, nnt la kalo ade masa dan mood, aku tulis post yg lain.
salam..
bes!~ saya suka ekon.. [yet, xsuke kire duit n jdi bendahari]
disclaimer: saya bukan orang yang ahli, my curiosity is leading me to speak out sum in order to screen myslf from getting wrong idea about it~ subjected to errors n mistakes..
asas rba plg besa yg sy tau: matawang..[usul TM utk dinar emas ditolak mentah sbb drg nih tau kapitalisme akan hancur eh?]
n saya tertarik dgn bidayatul hidayah sewaktu kls ustaz syed taun lps.. iktkan rse nak cekau sume ilmu.. tapi once, we stepped forward to a particular field.. it’s our fardhu ain dah.. n ble bab isu2 furuq.. kembalikan pada mrk yang ahli.. [yang mendalami ilmu syariah.. aqidah scr khusus].. n menuntut pada kadaran yang memberi manfaat kpd maslahah.. [a guy dun need to know about fiqh mara3h thoroughly unless he's hving wife, mom, sisters for him to tke cre of]
n everything is having a process.. n it aint complete if ppl dun play their role.. kita banyak projek.. banyak benda dah jadi sekular.. thus, wee need ppl to work according to their influential circle [doc silalah balikkan sistem perubatan kat msia tuh kepada cre islam.. n applykan pada semua keje..]
wpun x menang skg.. langkah yang seribu bermla dri langkah yang satu.. iA.. may He show us da way~
wallahua3lam
thank you, btul la tu yg cik ckp tu, sumer ade tugas masing2 yek, time kasih singgah kt blog ni.
Masalah tak start semalam, pun tak selesai esok, begitu?
pasal mata wang eh, itu kite bincang lenkali ah, sbb sy suka ngn sistem mata wang skang sbenarnya, agagaga =P tp tak sure gk sbenar nye, tp lenkali ah..