Archive for June, 2009

07
Jun
09

Janganlah Naive Sangat

Saya pernah terbaca yg Syiah tidak menganggap bahawa permusuhan Sunni-syiah adalah disebabkan Yahudi.
Tapi,sebab dengkinya Sunni kepada Syiah-kerana syiah memang dari golongan yang betul-Sunni pula mengatakan Abdullah bin Saba’(yahudi) yang mewujudkan Syiah untuk melaga2kan syiah-sunni.

Itu ialah salah satu comment dari blog kema. Dan aku pula tak tahan nak response.

Ada satu lagi ayat yang aku dengar pasal Syiah, bunyinya begini

Syiah sekarang tengah kuat, ntah-ntah, bole jadi Syiah memang betul

Emmmm,

Aku diajar, bila timbul syak dalam hati, lebih-lebih lagi dalam bab agama, aku wajib mencari ilmu atau bertanya dengan orang yang alim untuk paham dan kembali meyakinkan hati. Dan itulah yang aku buat. Alhamdulillah, dalam bab Syiah ni, bole kata aku dah settle dah, at least untuk diri aku sendiri.

Untuk comment diatas, pertama sekali pasal Abdullah Bin Saba, silalah rujuk dekat post Saifulislam pasal perkara ini. klik disini

Adakah sebab Syiah tengah kuat, Sunni tengah lemah, maka Syiah “bole jadi” betul? (Aku tak paham macam mana dalam bab-bab agama ni bole guna “bole jadi”). So, time Salahudin Ayyub yang Sunni bebaskan Palestine,  time tu Sunni betul, pastu sekarang dah tak betul? Atau selama lebih 1400 tahun Sunni mendominasi dunia Islam, sebarkan Islam sampai hujung dunia, Sunni yang betul?, pastu sekarang sebab Sunni lemah, Syiah kuat, tiba-tiba “bole jadi” Syiah betul?

Antara Sunni dan Syiah, telah ditubuhkan Dar al-Taqarub bain al-Mazahib al-Islamiyah untuk bersatu dalam menentang musuh bersama, sebab umat Islam dah kena lanyak habis dah sekarang. Pun begitu, Taqarub ini bukannya bermakna kita mengiktiraf Syiah sebagai “betul”. Sunni adalah Sunni, Syiah adalah Syiah.

Taqarub Mazahib - Mujiri Agha Di tengah-tengah

Taqarub Mazahib - Mujiri Agha Di tengah-tengah

Dan janganlah pula confuse mazhab dengan negara. Iran adalah negara bermazhabkan Syiah. Negara Islam lain bermazhabkan Sunni.

Kita amik contoh, masa zaman Safavid Syiah berkuasa di kawasan Parsi (sekarang Iran), dilakukan pembunuhan besar-besaran (cleansing) terhadap penduduk asal yang Sunni (hasilnya, jadilah Iran sekarang sebagai Syiah). Kita nak kata Safavid yang jahat ke, atau Syiah yang jahat?

Begitu juga zaman sekarang, kerajaan Saud menjadi sekutu kuat US dalam menghentam negara-negara Islam. Jadi, adakah Saud yang jahat, atau sunni yang salah (atau wahabi haha)?

Balik kepada isu,  Iran yang menjadi champion umat Islam zaman sekarang adalah sangat mengujakan umat Islam lain. Revolusi Islamnya menjadi pembuka mata. Ini adalah benda yang tidak dapat dinafikan sumbangannya dalam dunia Islam.

Tetapi adakah semuanya tentang Iran indah-indah belaka , Iran dari luaran memanglah nampak seperti sempurna (almost utopia di mata umat Islam yang lain),  lagipun memang Iran suka memaparkan dirinya sebagai perfect. Tapi ada juga sisi gelap yang ramai tatau (mungkin kerana terlebih kagum  dengan Iran hasil propagandanya yang berjaya)

Oleh kerana sifat nak amik tahu, aku pergi melancong ke Iran. Takdelah utopia sangat pun. Macam biase, orang baik, baiklah dia. Anak-anak muda Iran yang berkeliaran sama je, ramai je yang hancus. Ada kelebihan, ada kekurangan.

Iran (atau syiah? aku pun dah confuse) juga ada rahsia gelap yang tidak ditonjolkan. Comment yang menyatakan Iran (atau syiah, yang mana satu, korang decide sendiri) “tersangat baik” kepada Sunni, adalah amat naive.

Orang Muda Iran: Ketinggian Mereka Lebih Kurang Orang Melayu

Orang Muda Iran: Ketinggian Mereka Lebih Kurang Orang Melayu

Walau pun kita bertaqarub dengan niat yang baik, perkembangan-perkembangan yang berlaku mengenai Iran memaparkan niat Iran takdelah suci sangat.

1) Beribu-ribu orang Kurdish Sunni di Iran kena bunuh. Skang ni, di Tehran, masjid untuk Sunni seketul pun tarak. Orang Sunni di Iran bagai hidup segan mati tak mahu. Adakah Iran (/ Syiah?) sangat bermuhabbah dengan Sunni?

2) Di Iraq, masa zaman Saddam, orang Sunni dan Syiah boleh berkawen, beranak pinak antara satu sama lain. Sekarang ini, lepas pengaruh Iran masuk ke Iraq, berapa ribu orang Sunni kena bunuh? Syiah(/Iran?) baik ke dengan Sunni?

3) Di Lebenon, cerita yang sama, orang Sunni ada yang dibunuh Hezbullah, masjid Sunni pun ada yang dibakar. Bila orang Sunni mahu retaliate melawan balik “kekasaran” Hezbullah, pemimpin Sunni melarang, kerana tidak mahu mengusutkan lagi konflik di Lebenon. Tidak ke pelik organisasi yang sama berperang melawan Israel utk Palestine buat benda macam ni?

4) Sheikh Yusuf Qardawi secara tiba-tiba, tanpa angin tanpa ribut, mengamuk kepada Iran sebab die dapat bukti yang Iran (Syiah?) disebarkan di Mesir. Sheikh Yusuf mempersoalkan tujuan Syiah lebarkan pengaruh di Mesir. Nak jadikan Mesir “Iraq no 2″?

5) On the way dari Iran ke Turkey, aku berbual dengan seorang mamat Kurdish, die citerlah semua penindasan kerajaan Iran ke atas orang Kurd Sunni, juga masjid Sunni diruntuhkan. Juga ada bersama dalam bas tu, seorang mamat Turmenistan kata kt aku “Jumhuri Islami (Iran), akbar kazib fil alam” (aku tak terima bulat-bulat kata mamat Turmeni tu, tp ia menimbulkan persoalan menarik terhadap imej “messiah” Iran/Syiah).

Jangan salah paham, aku bukannya orang yang anti-establishment, nak hasut orang gaduh dengan Syiah ke apa. Sebagaimana ulama Sunni menubuhkan Dar Taqarub Baina Mazahib, seperti itu jugalah aku akan menyokong  Taqarub tersebut.

Cuma aku tak tahan bila jumpa/baca orang yang terpengaruh dengan propaganda Iran (/ Syiah?), “Iran/Syiah juara Islam” atau “Iran/Syiah baik, orang Sunni yang prejudis” atau “Bole jadi Syiah kot yang betul”. Aku jadi kesian campur sedih.

Bukalah mata, janganlah naive sangat. Takkan senang2 kena “makan” dengan propaganda.

Pasal perbezaan mazhab Syiah dan Sunni. Itu merupakan hal lain yang panjang. Yang kalo aku ada ilmu nak tulis pun, tulis satu post mana cukup. Satu buku pun tak cukup. Untuk diri aku, alhamdulilah dah settle. Bagi yang ada syak, pergilah tanya orang2 yang alim, hilangkan syak tersebut.

Cuma ada satu yang menarik, antara perbezaan Sunni-Syiah ialah pada manhaj ilmunya. Manhaj ilmu Sunni adalah sangat tersusun, terjaga rapi, lengkap, dan yang paling penting bersanad (hasil sumbangan Ulama dari dulu sampailah sekarang). Kira telah dicodified dengan cantiklah. Manhaj Syiah plak, aku pun tak sure, kitab Turas pun ntah ada 3 4, kitab itulah yang diorang duk ulang pkai, sedangkan jika dibandingkan bilangan kitab Turas Sunni, ibarat bumi dengan langit .

Ilmu sanad tarak dalam Syiah. Kalo diorang kata hadith sekian, atau Imam sekian kata begini-begitu, takda cara pun untuk varify kesahihan kata-kata tersebut. Makna kata, kalo 90% mazhab Syiah tu tipu pun, bukan ada cara nak buktikan sebaliknya.

Sedikit trick propaganda Syiah ialah menimbulkan rasa serba salah dikalangan kita dengan memberi ultimatum: Kalo tidak Syiah, bermakna tidak cintakan Ahli Bait, sedangkan cinta kepada Ahly Bait ialah satu kewajipan dan tanda cinta kepada Nabi. Hah, bila terkena trick ini la yang ramai antara kita yang terpele’ot.

Perbezaan Mazhab Bukan Penghalang: Cintaku Tertinggal Di Iran

Perbezaan Mazhab Bukan Penghalang: Cintaku Tertinggal Di Iran

05
Jun
09

Tiada Tajuk

Aku dah bosan dengar pernyataan ni (untuk hentam PAS).

Jangan gunakan agama untuk kepentingan politik

Aku ingat lagi time aku muda sket (time lepas SPM), member aku cakap benda yang sama. Aku tak reti nak respon apa, haha (masa kecik2, time tu bodoh2 alang lagi). Member aku pun sekular2 sket, kalo pakai hujah Islam tak boleh dipisahkan dengan politik, bukan diorang bole terima pun.

Baru-baru ni aku dengar lagi benda yang sama (untuk hentam PAS laa)….arghhhh bengangnya.

Kalo aku kata macam ni ok tak?

Memang tak boleh gunakan agama untuk kepentingan politik, tapi PAS gunakan politik untuk kepentingan agama, kan lain tu….

Macam mana orang sekular, boleh jawab tak? Aku sendiri lah tolong bagi jawapan untuk korang.

Tapi kena jadi sekular pure, takyah lagi kelirukan orang, takyah borderline lagi. Jawab macam ni.

Kitorang memang sekular pure, Islam dengan politik memang takleh duk sama

Ok?

02
Jun
09

Whatever Happened to the Egyptian

(terdapat sedikit ralat perasaan dalam post ini, sila klik di sini untuk pembetulan ralat)

Assalamualaikum,

Aku ditakdirkan(dicampak) tuhan kt bumi Mesir. Untuk pengetahuan orang yg amik kesah, aku sendiri yang pilih Mesir. Sebab ape aku pilih Mesir? Adalah sebab-sebab dia. Dan alhamdulilah, aku sangat-sangat bersyukur berada di Mesir ni untuk sebab yang pelbagai.

Bukan itu saja, selama aku berinteraksi dengan orang-orang Mesir, sejak hari pertama, perlahan-lahan aku developed perasaan sayang kepada Mesir. Aku menghargai perbezaan budaya antara Malaysia & Mesir.

Aku sentiasa berpegang, kerana negara asal aku adalah Malaysia, aku adalah duta kecil Malaysia. Kalo ada orang Mesir tanye pasal Malaysia, aku akan cerita yang baik-baik tentang Malaysia dan ajak orang Mesir supaya satu hari bercuti di Malaysia. Ini adalah sikap yang sepatutnya dipegang oleh semua orang, walaupun tak diajar di sekolah mahu pun di kelas persediaan sebelum terbang ke Mesir. Ini adalah common sense.

Begitu juga kalo aku balik Malaysia, oleh kerana bumi Mesir telah memberikan peluang kepada aku untuk belajar, melayan aku dengan baik (aku sangat happy tinggal disini), aku menganggap diri aku adalah duta kecil bagi diorang. Bila ditanya, untuk menjaga adab terhadap tempat yang aku terhutang budi padanya, aku akan menceritakan yang baik-baik, dan menutup mana-mana yang kurang elok (itupun kalo nak dikatakan kurang elok lah, pada aku ok je). Kalo nk cerita yang kurang elok pun, aku akan bercerita dengan memberi keadilan dekat Mesir. Ini namanya adab, juga merupakan satu common sense. Untuk orang tak takda benda ni, aku bersimpati.

Aku suka menganggap apa benda yang pelik atau kurang elok (jika diukur dengan kayu ukur budaya Melayu), hanyalah satu bentuk perbezaan budaya. Janganlah ghairah nk degrade orang Mesir, macamlah orang Melayu tiada kekurangan. Apa yang patut yang kita buat ialah, amik yang baik, yang kurang baik kita simpan sebagai pedoman, bukannya kita perasan diri bagus, pastu degrade sesuka hati.

Tapi yang macam aku cakap, ini hanya perbezaan budaya, dan aku sangat menghargai peluang yang tuhan bagi untuk aku luaskan pemandangan (dan juga menikmati life kt sini). Untuk orang yang tak nampak benda ini, sekali lagi aku simpati, sian..mentaliti kampung.

Mungkin juga orang-orang yang benci Mesir dengan sepenuh hati tidak berpuas hati dan kecewa dengan kehidupan diorang di Mesir. Cara untuk meng’explain‘ kekecewaan mereka, meraka salahkan budaya dan kehidupan Mesir, benci dengan sepenuh hati, kalo boleh nak semua orang tau, punca darah tinggi mereka sebab orang Mesir.

Kesian…secara personally, aku kesian. Mungkin disebabkan insecurity, aku tak jumpa istilah dia, tp aku panggil blame syndrome.

Atau mungkin juga yang benci dari hati ini dari sebab perasan power tak sedar diri. Kalo yang ni, aku tak boleh nak komen, aku doalah biar diorang berubah. Eh jap, datang idea, aku panggil histrionic bitch.

That being said, aku tak kata Mesir dan orang-orangnya semuanya indah-indah. Begitu juga tentang Malaysia, begitu juga dimana-mana. And thats the whole point. Apa yang ada hanyalah perbezaan budaya.

Dan  bila orang buat taik kat aku, aku tak kaitkan dgn nationality atau keturunan mereka, contoh, kalo aku kena tipu, aku tak kata:

Sialnya orang Malaysia

atau

Sialnya orang Mesir

atau

Sialnya orang Somal

Aku akan maki orang itu atas kapasiti individu. Kat mana-mana bangsa pun ada orang baik dan jahat. Kang mana-mana bangsa pun ada orang yang 1st class mentaliti dan jakun mentaliti (orang Melayu yang jakun ramai juga, banyak contoh2 aku bagi diatas). Orang yang generalize kan bende, aku nk panggil ape ek?? emm jap aku reka: Generalizer Dumbfuk. ok?

Pun begitu, aku pun kutuk-kutuk juga orang Mesir, tapi sesama member yang belaja sekali kt sini, dan paling penting, bukan atas dasar benci atau meluat, tp atas dasar sayang. Bak kata Perapu Terancang (baca dengan loghat Kelantan):

Kita kutuk bukan nak bagi mampuh

Aku tak penah kutuk dengan benci, kutuk dengan maksud mengaibkan, kutuk melebih-lebih. Orang kata Mesir ni Ardhul Kinanah. Maksudnya seperti busur panah, lepas ditarik, bentuknya akan kembali kepada asal. Kalo kutuk lebih2, nanti kena betul2. Dan aku percaya itu betul.

Kelantan: Seperti Mesir, selalu juga dikutuk

Kelantan: Seperti Mesir, selalu juga dikutuk




 

June 2009
M T W T F S S
« May   Apr »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.