(terdapat sedikit ralat perasaan dalam post ini, sila klik di sini untuk pembetulan ralat)
Assalamualaikum,
Aku ditakdirkan(dicampak) tuhan kt bumi Mesir. Untuk pengetahuan orang yg amik kesah, aku sendiri yang pilih Mesir. Sebab ape aku pilih Mesir? Adalah sebab-sebab dia. Dan alhamdulilah, aku sangat-sangat bersyukur berada di Mesir ni untuk sebab yang pelbagai.
Bukan itu saja, selama aku berinteraksi dengan orang-orang Mesir, sejak hari pertama, perlahan-lahan aku developed perasaan sayang kepada Mesir. Aku menghargai perbezaan budaya antara Malaysia & Mesir.
Aku sentiasa berpegang, kerana negara asal aku adalah Malaysia, aku adalah duta kecil Malaysia. Kalo ada orang Mesir tanye pasal Malaysia, aku akan cerita yang baik-baik tentang Malaysia dan ajak orang Mesir supaya satu hari bercuti di Malaysia. Ini adalah sikap yang sepatutnya dipegang oleh semua orang, walaupun tak diajar di sekolah mahu pun di kelas persediaan sebelum terbang ke Mesir. Ini adalah common sense.
Begitu juga kalo aku balik Malaysia, oleh kerana bumi Mesir telah memberikan peluang kepada aku untuk belajar, melayan aku dengan baik (aku sangat happy tinggal disini), aku menganggap diri aku adalah duta kecil bagi diorang. Bila ditanya, untuk menjaga adab terhadap tempat yang aku terhutang budi padanya, aku akan menceritakan yang baik-baik, dan menutup mana-mana yang kurang elok (itupun kalo nak dikatakan kurang elok lah, pada aku ok je). Kalo nk cerita yang kurang elok pun, aku akan bercerita dengan memberi keadilan dekat Mesir. Ini namanya adab, juga merupakan satu common sense. Untuk orang tak takda benda ni, aku bersimpati.
Aku suka menganggap apa benda yang pelik atau kurang elok (jika diukur dengan kayu ukur budaya Melayu), hanyalah satu bentuk perbezaan budaya. Janganlah ghairah nk degrade orang Mesir, macamlah orang Melayu tiada kekurangan. Apa yang patut yang kita buat ialah, amik yang baik, yang kurang baik kita simpan sebagai pedoman, bukannya kita perasan diri bagus, pastu degrade sesuka hati.
Tapi yang macam aku cakap, ini hanya perbezaan budaya, dan aku sangat menghargai peluang yang tuhan bagi untuk aku luaskan pemandangan (dan juga menikmati life kt sini). Untuk orang yang tak nampak benda ini, sekali lagi aku simpati, sian..mentaliti kampung.
Mungkin juga orang-orang yang benci Mesir dengan sepenuh hati tidak berpuas hati dan kecewa dengan kehidupan diorang di Mesir. Cara untuk meng’explain‘ kekecewaan mereka, meraka salahkan budaya dan kehidupan Mesir, benci dengan sepenuh hati, kalo boleh nak semua orang tau, punca darah tinggi mereka sebab orang Mesir.
Kesian…secara personally, aku kesian. Mungkin disebabkan insecurity, aku tak jumpa istilah dia, tp aku panggil blame syndrome.
Atau mungkin juga yang benci dari hati ini dari sebab perasan power tak sedar diri. Kalo yang ni, aku tak boleh nak komen, aku doalah biar diorang berubah. Eh jap, datang idea, aku panggil histrionic bitch.
That being said, aku tak kata Mesir dan orang-orangnya semuanya indah-indah. Begitu juga tentang Malaysia, begitu juga dimana-mana. And thats the whole point. Apa yang ada hanyalah perbezaan budaya.
DanĀ bila orang buat taik kat aku, aku tak kaitkan dgn nationality atau keturunan mereka, contoh, kalo aku kena tipu, aku tak kata:
Sialnya orang Malaysia
atau
Sialnya orang Mesir
atau
Sialnya orang Somal
Aku akan maki orang itu atas kapasiti individu. Kat mana-mana bangsa pun ada orang baik dan jahat. Kang mana-mana bangsa pun ada orang yang 1st class mentaliti dan jakun mentaliti (orang Melayu yang jakun ramai juga, banyak contoh2 aku bagi diatas). Orang yang generalize kan bende, aku nk panggil ape ek?? emm jap aku reka: Generalizer Dumbfuk. ok?
Pun begitu, aku pun kutuk-kutuk juga orang Mesir, tapi sesama member yang belaja sekali kt sini, dan paling penting, bukan atas dasar benci atau meluat, tp atas dasar sayang. Bak kata Perapu Terancang (baca dengan loghat Kelantan):
Kita kutuk bukan nak bagi mampuh
Aku tak penah kutuk dengan benci, kutuk dengan maksud mengaibkan, kutuk melebih-lebih. Orang kata Mesir ni Ardhul Kinanah. Maksudnya seperti busur panah, lepas ditarik, bentuknya akan kembali kepada asal. Kalo kutuk lebih2, nanti kena betul2. Dan aku percaya itu betul.

Kelantan: Seperti Mesir, selalu juga dikutuk