02
Jun
09

Whatever Happened to the Egyptian

(terdapat sedikit ralat perasaan dalam post ini, sila klik di sini untuk pembetulan ralat)

Assalamualaikum,

Aku ditakdirkan(dicampak) tuhan kt bumi Mesir. Untuk pengetahuan orang yg amik kesah, aku sendiri yang pilih Mesir. Sebab ape aku pilih Mesir? Adalah sebab-sebab dia. Dan alhamdulilah, aku sangat-sangat bersyukur berada di Mesir ni untuk sebab yang pelbagai.

Bukan itu saja, selama aku berinteraksi dengan orang-orang Mesir, sejak hari pertama, perlahan-lahan aku developed perasaan sayang kepada Mesir. Aku menghargai perbezaan budaya antara Malaysia & Mesir.

Aku sentiasa berpegang, kerana negara asal aku adalah Malaysia, aku adalah duta kecil Malaysia. Kalo ada orang Mesir tanye pasal Malaysia, aku akan cerita yang baik-baik tentang Malaysia dan ajak orang Mesir supaya satu hari bercuti di Malaysia. Ini adalah sikap yang sepatutnya dipegang oleh semua orang, walaupun tak diajar di sekolah mahu pun di kelas persediaan sebelum terbang ke Mesir. Ini adalah common sense.

Begitu juga kalo aku balik Malaysia, oleh kerana bumi Mesir telah memberikan peluang kepada aku untuk belajar, melayan aku dengan baik (aku sangat happy tinggal disini), aku menganggap diri aku adalah duta kecil bagi diorang. Bila ditanya, untuk menjaga adab terhadap tempat yang aku terhutang budi padanya, aku akan menceritakan yang baik-baik, dan menutup mana-mana yang kurang elok (itupun kalo nak dikatakan kurang elok lah, pada aku ok je). Kalo nk cerita yang kurang elok pun, aku akan bercerita dengan memberi keadilan dekat Mesir. Ini namanya adab, juga merupakan satu common sense. Untuk orang tak takda benda ni, aku bersimpati.

Aku suka menganggap apa benda yang pelik atau kurang elok (jika diukur dengan kayu ukur budaya Melayu), hanyalah satu bentuk perbezaan budaya. Janganlah ghairah nk degrade orang Mesir, macamlah orang Melayu tiada kekurangan. Apa yang patut yang kita buat ialah, amik yang baik, yang kurang baik kita simpan sebagai pedoman, bukannya kita perasan diri bagus, pastu degrade sesuka hati.

Tapi yang macam aku cakap, ini hanya perbezaan budaya, dan aku sangat menghargai peluang yang tuhan bagi untuk aku luaskan pemandangan (dan juga menikmati life kt sini). Untuk orang yang tak nampak benda ini, sekali lagi aku simpati, sian..mentaliti kampung.

Mungkin juga orang-orang yang benci Mesir dengan sepenuh hati tidak berpuas hati dan kecewa dengan kehidupan diorang di Mesir. Cara untuk meng’explain‘ kekecewaan mereka, meraka salahkan budaya dan kehidupan Mesir, benci dengan sepenuh hati, kalo boleh nak semua orang tau, punca darah tinggi mereka sebab orang Mesir.

Kesian…secara personally, aku kesian. Mungkin disebabkan insecurity, aku tak jumpa istilah dia, tp aku panggil blame syndrome.

Atau mungkin juga yang benci dari hati ini dari sebab perasan power tak sedar diri. Kalo yang ni, aku tak boleh nak komen, aku doalah biar diorang berubah. Eh jap, datang idea, aku panggil histrionic bitch.

That being said, aku tak kata Mesir dan orang-orangnya semuanya indah-indah. Begitu juga tentang Malaysia, begitu juga dimana-mana. And thats the whole point. Apa yang ada hanyalah perbezaan budaya.

DanĀ  bila orang buat taik kat aku, aku tak kaitkan dgn nationality atau keturunan mereka, contoh, kalo aku kena tipu, aku tak kata:

Sialnya orang Malaysia

atau

Sialnya orang Mesir

atau

Sialnya orang Somal

Aku akan maki orang itu atas kapasiti individu. Kat mana-mana bangsa pun ada orang baik dan jahat. Kang mana-mana bangsa pun ada orang yang 1st class mentaliti dan jakun mentaliti (orang Melayu yang jakun ramai juga, banyak contoh2 aku bagi diatas). Orang yang generalize kan bende, aku nk panggil ape ek?? emm jap aku reka: Generalizer Dumbfuk. ok?

Pun begitu, aku pun kutuk-kutuk juga orang Mesir, tapi sesama member yang belaja sekali kt sini, dan paling penting, bukan atas dasar benci atau meluat, tp atas dasar sayang. Bak kata Perapu Terancang (baca dengan loghat Kelantan):

Kita kutuk bukan nak bagi mampuh

Aku tak penah kutuk dengan benci, kutuk dengan maksud mengaibkan, kutuk melebih-lebih. Orang kata Mesir ni Ardhul Kinanah. Maksudnya seperti busur panah, lepas ditarik, bentuknya akan kembali kepada asal. Kalo kutuk lebih2, nanti kena betul2. Dan aku percaya itu betul.

Kelantan: Seperti Mesir, selalu juga dikutuk

Kelantan: Seperti Mesir, selalu juga dikutuk


9 Responses to “Whatever Happened to the Egyptian”


  1. June 2, 2009 at 2:16 am

    Orang putih kalau tengok budaya orang lain dia orang akan diam atau meraikan budaya itu atau menganggap ia sesuatu yang interesting, ilmu baru. Tapi orang Melayu perasan bagus, akhirnya pemikiran dalam lingkungan Melayu itu jugaklah.

    Budak-budak ni tak terpikerkah? Sekali dia sialkan orang -tak kiralah Mesir ke mana ke- berbanyak kali sial tu datang lagi…

  2. 2 c's
    June 2, 2009 at 1:26 pm

    teringat bila lecturer sini puji melambung kanak-kanak melayu polite, nice.. blahblah.. ur country is truly islamic .. cover ur aurah properly.. blahblah.. rasa nak nangis je.. kalaulah lecturer[s?] tsbt dtg tengok msia tiap-tiap hari kes bunuh gugur anak.. gaduh naik turun mahkamah.. isk.. inikah warna kehidupan? [erk, nih macam nak buat entry blog sendiri, sowi!]

    Mesir subur ilmu.. Malaysia subur mineral dan galian.. kita dig ilmu sini, balik sana menuai biar kasi 3 kali setahun.. baru produktif! [ada kaitan ke?:d]

    -beauty is depend on the eye of beholder-

  3. 3 klobot
    June 2, 2009 at 1:37 pm

    nape tak leh masuk blog si c’s ni?

    emm, takde apa nk tambah.

  4. 4 c's
    June 2, 2009 at 2:32 pm

    bosan dgn blog sendiri.. thus, it’d been locked! :D sowi

    *makin giat berjalan n memerhati sedang blog sendiri terkunci*

    istilah2 baru di atas best! bolehlah dikomersialkan selepas ini

    tp jangan pula kita meraikan budaya orang, yang jelik lagi pelik spt gelek pula terasa baik [nih nak dapat rima sama je ye, takde niat lain]

    -kanak2ygmasihdalamdidikan&pentarbiyahan-

  5. 5 c's
    June 2, 2009 at 2:35 pm

    ralat: tp jangan pula kita meraikan budaya orang, yang jelik lagi pelik spt gelek *pun terasa baik

  6. 6 klobot
    June 2, 2009 at 5:38 pm

    ohh begitu, baru igt nak singgah.

    haha, tak payah la nak dikomersialkan istilah ngarut diatas, terkuar istilah mcm tu sbb geram dan marah. Kang ditanye sapa ajar bende2 mcm ni, susah plak nk bertanggung jawab. hehe

  7. June 4, 2009 at 2:34 pm

    hmmm… manusia sepatutnya meraikan perbezaan. tapi, biasalah… aku ckp dlm konteks mansurah. kutuk bukan main lagi arab. tapi bila mari bab merokok, boleh la pulak digunanya dalil, “orang arab isap rokok dlm lecture hall boleh, kenapa kami tak boleh?” bila bab aurat, dalil gini digunakan, “kenapa arab pakai seksi2 boleh, kami tak boleh?” memperalatkan arab mesir semata2 nk penuhi agenda sendiri. patut ke?

  8. June 22, 2009 at 9:32 am

    Askum

    Bukan semua ada diversity dalam kasihsayang ni. Tak semua rasa. Tak semua dapat praktik. Ia anugerah. Bagi siapa yang ALLAH beri rasa cinta kasih pada bangsa, negara apatah lagi budaya berbeza, its a gift. Truly a gift.

    Budaya kasar, kalut, etc mereka adalah satu pelajaran dan satu hiburan untuk kita mengenal diri dan tahu bergaul sesama sendiri. The difference what what worlds colourful.

  9. 9 anonymous
    November 24, 2009 at 11:32 am

    Akum
    Nak respon skit. Ko kena tau bezakan kebudayaan dgn etika. Bila salah seorang dari kita mengkritik cara orang mesir memandu di jalan raya, atau memgkritik sikap orang mesir yang suka menipu dalam jual-beli, yang dikritik ini adalah etika, BUKAN kebudayaan. Etika jalanraya, dan etika jual-beli. BUKAN kebudayaan jalanraya, atau kebudayaan jual-beli.
    Etika memandu secara berbahaya dan mementingkan diri sendiri di jalanraya sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang mesir diiktiraf oleh satu dunia sebagai etika yang salah. Satu dunia tidak suka dengan perbuatan itu, dan satu dunia mengkritik dan mengutuk etika itu. Begitu juga etika menipu pelanggan oleh sesetengah peniaga arab di mesir. Satu dunia tidak suka dengan perbuatan itu, dan satu dunia mengkritik dan mengutuk etika itu. Jadi, salah tang mane yang ko nampak sbnrnye bila ade kawan ko yang kutuk perangai arab yang macamtu? Bagi aku sndiri, kritik macamtu tak salah…..
    Juga, kalau ini dinamakan kebudayaan, kanapa ada orang mesir sendiri yang mengutuk bangsa arab kerana bersikap macamtu? Mereka sendiri pun tau, itu adalah etika yang salah dan patut dikritik.
    Kita mengkritik ni bukan untuk suka2. Mengkritik untuk diambil iktibar supaya kita dan orang yang mendengar cerita kita tu tak buat perngai macamtu.
    Tang yang generalization tu pon ko kena paham. Ko ingat tak kita belajar “Majaz” dalam bahasa arab tinggi kat sekolah dulu? Ada ‘majaz’ yang ‘alamat kulliyyah”. Cthnye, mereka menutup telinga dengan tangan (sbnrnye yg dimaksudkan hujung jari). Same lah kesnye skrng. Bila mengkritik orang mesir, bukanlah bermaksud orang mesir keseluruhannya. Kalau aku cakap orang mesir ni suka memandu secara berbahaya dan mementingkan diri di jalanraya, semua orang akan paham bahawa fakta ini adalah am. Macamtu jugak bila aku cakap, orang mesir ni suka menipu mase jual barang. Semua orang akan automatik faham bahawa ada peniaga lain yang tidak berperangai macamtu (yakni bukan semua).
    Aku jugak letih dengan alasan2 orang (yang sama pendirian dengan ko) yang kate ‘mengutuk arab sama dengan mengutuk nabi muhammad’. Celah mana pulak ada antara budak2 mesir kat sini yang sanggup mengutuk nabi. Aku semestinyalah takkan sanggup mengutuk nabi muhammad. Aku selama ni mengutuk arab tak pernah la sampai berniat nak kutuk nabi. Tu la dia “Majaz alamat kulliyyah”. Ko kena paham. Takkan bila aku kutuk orang yahudi, aku bermaksud nak kutuk nabi isa, nabi musa dll? Of course lah aku takkan kutuk nabi2 tu.
    Satu lagi yang aku musykil, geng2 ko (yang same pendirian dengan ko tu) kutuk bangsa lain boleh plak. Kuat pulak kutuk orang melayu (pas, pkr, umno). Aik? Takpe plak ek? Cuba kasi satu ayat al-quran yang kate bangsa arab adalah bangsa yang lagi mulia drpd bangsa2 lain. Mane ade. Jadi, apa bezanya kutuk orang arab dengan kutuk orang melayu? Same je. Ade geng2 ko yang kuat gila mengumpat orang2 melayu kita. Musykil gile aku bila die marah orang yang kutuk arab. Dia kutuk melayu takpe plak. Musykil2. Pastu, bila kutuk orang barat sebab maksiat, katenye takpe plak sebab bertentangan dengan islam? Aik? Dahtu, menipu, mementingkan diri sendiri dan tak jaga kebersihan tu tak bertentangan dengan islam ke? Kelakar lak aku rase…..
    Ok lah. Cukup lah sampai sini. Harap ko paham ape yang aku nak bawak.
    Ok Assamlamualaikum….


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s


 

June 2009
M T W T F S S
« May    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.