Jadi, aku terbaca dekat satu status FB kawan aku pasal Proton Preve, yang mana perbincangan dia membawa pasal cukai kereta malaysia yang tinggi gila. Jadi aku terasa nk mencelah.. tulis punya tulis sekali terpanjang pulak tulisan. Jadi mcm tak seswai plak letak tulisan panjang dekat ruang komen FB yg kecik tu, jadi aku letak kt sini.. Jadi ni lah komen aku..
“ohh cerita pasal cukai kereta dan mahathir’s pet-project proton, topik fev aku. Mungkin ramai tak tahu, dulu cukai kereta malaysia tak semahal (segila?) sekarang. Mungkin bg generasi kita, lahir2 je mmg mcm ni, jd kita anggap mmg normal mcm ni. Tp Sbenarnya tidak. Sbb tu sejarah penting.
Latar belakang kereta pada tahun 80-an adalah mcm ni. Rakyat bole bli honda accord dengan harga RM20000 dengan belanja loan bulanan RM100-150. Sebagai reference, pendapatan purata golongan pertengahan malaysia time tu dalam RM 1000, jadi hanya 10% dari pendapatan untuk loan kereta. Sumer bertukar bila mahathir nak Malaysia produce kereta. Adakah ini keputusan yang bijak kita sama2 bole debate. (kita bole start dengan persoalan adakah termasuk dalam ruang tanggungjawab kerajaan untuk pastikan negara ada industri automotif?)
Jadi pada peringkat awal, Proton mengalami kerugian. Jadi apa tindakan mahathir, padang persaingan automobil negara yang rata disengetkan, cukai kereta import dinaikkan mcm harini (260% untuk kereta sederhana. Untuk reference, duty import normal negara lain dalam 50% ).
Untuk yang belajar basic ekonomi, bila pasaran & persaingan diganggu oleh kerajaan, secara automatik rakyat (consumer i.e. kita) akan membayar harganya (dalam kes ini, dua2 secara harfiah dan makrifah).
Jika tanpa campur tangan kerajaan rakyat bole membeli kereta dengan harga yang murah, untuk kualiti yang baik. Tapi apa yang berlaku rakyat terpaksa membeli harga kereta yang jauh lg mahal untuk kualiti yg lagi rendah. membayar lebih mahal dari penduduk negara lain walau pendapatan penduduknya lebih tinggi dari malaysia. Ini ekonomi asas yg disebut sblom ini, dan ekonomi asas mengatakan satu perkara membawa perkara yang lain.
Maka jika seblom ini belanja loan kereta 10% dari pendapatan, sekarang beban bertambah, sampai 25% dari gaji (malah lebih), kesian rakyat malaysia. Priority perbelanjaan berubah, jika lebihan 10-15% bajet bulanan sblom ini untuk perkara lain, sekarang dikorbankn untuk loan kereta.
Oleh sebab harga kereta yang mahal, makin ramai yang tak mampu memiliki kereta akan terpaksa menggunakan motosikal, sekaligus lebih terdedah dan lebih mudah utk eksiden, dan bila eksiden lebih mudah melibatkan kematian.
Oleh kerana harga kereta yang mahal, makin lama sesuatu kereta dipakai dijalan raya (sbb makin kurang mampu untuk tukar), lebih tinggi risiko untuk berlaku kemalangan dan kerosakan.
Jika kereta lebih murah, makin senang untuk rakyat berganti kereta, sentiasa update dengan kualiti semasa, dan bila semakin ramai rakyat bertukar kereta, makin maju industri besi negara.
Itu hanya beberapa contoh, banyak lagi perkara yang berkaitan yang berlaku samada kita sedar atau tidak, sebab dan akibat polisi kerajaan berkaitan proton.
Ini sumer berlaku (dan berlaku selama 30 tahun) hanya kerana seorang perdana menteri mahukan negara ada industri automatif negara (atau legasi peribadi?)
Persoalan lain, adakah dasar protectionist yang membebankan rakyat selama 30 tahun langkah yg betul untuk bangunkn industri automotif negara (yg sekarang pn tak baper nk banggakn sangat)
panjang lg persoalan berbangkit tentang isu kereta ni untuk aku tulis, yg penting bukan hanya berkisar cukai untuk jalan tar. Kita perlu berfikir dengan adil, tapi menyeluruh. Bercakap pasal cukai, ketirisan (korupsi) 20 bilion setahun cukup membuatkan diri rasa terzalim untuk membayar cukai hasil titik peluh (belom kira pet projek pembaziran kerajaan yang ntah pape yg lain).
Adakah kritik bole seselai kn masalah, jawapan die mungkin ya mungkin tidak, bergantung kebijaksanaan kita untuk bertindak. Adakah duduk diam menerima semua perkara bole selesai masalah? Tentunya tidak.
Adakah aku berbangga jika preve berjaya? dah tentu berbangga, tp jgn lupa cerita disebaliknya. At least kalo preve berjaya dan proton bole compete, hilanglah alasan untuk cukai kereta import mahal mcm ni.
Satu lg orang asik terlupa kenapa kereta malaysia mahal. AP. Sebagai contoh, jika kita beli kereta honda import, kaching!! RM20 000, syed azman dapat dengan jual AP lalu company die, Weststar Motorsport, takde kena mengena ngn honda malaysia, takde satu pn showroom keta. Aku agak yakin RM20000 harga jualan AP tak digunakan untuk pembangunan negara, melainkan masuk poket peribadi. Kenapa MITI tak bagi AP direct kt Honda sdn bhd, fuck if i now..
Lepas aku tulis benda yang kt atas ni, salah sorang dari yang komen dekat FB tu memberi respon ini.
Jadi aku pikir, dalam perbincangan atau dialog, setiap perbincangan perlu dihormati dengan respon yang baik. Jadi aku tulis lah lagi untuk repon untuk komen diatas. Jadi mcm biasa agak panjang, dan aku pun tak selesa nk komen panjang2 dekat status FB orang. Jadi aku respon je la kt sini.
Komen yang die berbunyi macam ni
Aku,kau,dan semua juga bole menulis dan masukkan dlm blog.. Semua org bole membacanya..semua orang bole memahaminya..tetapi kesahihannya?camnilah, kalaupun yg memerintah malaysia bukan kerajaan cam skunk ni(pembangkang),aku percaya x juga akan 100% korupsi di negara kita akan terhapus..ini semua politik je..suka sgt mencari kelemahan dr mencari kebaikan utk negara..sebelum memerintah negara,bolehlah mencari segala kelemahan yg ada pada pemerintah masa kini..tp bila individu terbabit bersama-sama dlm pemerintah negara,adakah dia akan mengubah 360° corak pemerintahan negara yg dikatakan penuh dengan korupsi skang ni?……:)
Pelik jgk bile tanye psl kesahihan. Semua itu agak pengetahuan umum bagi sapa2 yg amik tahu. Pengetahuan, fakta, sejarah, idea dihujung jari, terpulang atas kita untuk gunakan. Mungkin info dalam tulisan itu seuatu yg baru utk kita, kita bole sendiri check kesahihan dia. Aku tulis itu pn bukan utk diterima bulat (aku bukan utusan, mahu pn tv3, harakah atau suara keadilan). Aku pn pelik jgk, bila respon yg diberi akhirnye berkisar pasal undi BN atau PR? Tulisan aku rasanya tiada yg imply kearah itu. Mungkin pembawaan media (dari BN atau PR) selama ni dari spektrum kepartian sempit, jadi apa2 isu/info dibincangkn akhirnya akan kearah neraca parti “parti aku betul, parti kau salah” “alah parti ko sama jgk” . Ini pemikiran generasi ayah kita yang agak menyedihkan jika kita sambung.
Jadi walau aku tulis psl preve dan cukai kereta, tapi bukan kereta dan cukai yang matlamat akhir tulisan aku. Apa yg aku tulis sebenarnya mengajak kita berfikir sendiri terhadap persoalan2 realiti seharian yang patut kita fikir sendiri, bukan kita subconrtact kn nasib kita sebagai rakyat atas bahu orang politik (BN atau PR). kita berfikir atas kapasiti individu, bertindak secara kolektif. Perubahan dalam masyarakat hanya bole digerakkan generasi muda. Dalam sejarah manusia, hampir semua revolusi yang berlaku dalam dunia dimulakan dan digerakkan oleh generasi muda (generasi kita), contoh yang byk, dari revolusi france, revolusi ameraka latin, revolusi china, hingga la ke arab spring.
Tapi ini hanya bole berlaku jika kita mula berfikir sendiri, bukan meneruskan kerangka pemikiran genarasi ayah kita. Ada sesuatu yang sakit tentang sistem negara kita, malah memualkn. Atas kita, generasi muda terletak harapan untuk ubah semua tu. Kalo di Mesir anak2 muda umur 20-30an bermati-matian menuntut perubahan sistem yang diwariskan kan ke atas mereka. Dah tentu anak muda Malaysia bole lakukan benda yang sama. Tetapi hanya bole berlaku jika kita start berfikir sendiri, bukan menjadi peon orang politik (tak kira BN atau PR).
Jika perlu atas jalan politik, luar politik, gerakan sosial, revolusi atau evolusi, malah kalo establishment malaysia jika perlu diruntuhkan untuk ganti yang baru pn patut dilakukan jika perlu. Anak muda serata dunia dalam lipatan sejarah mampu buat, kita juga mampu buat. Tapi seblom itu kita perlu berlaku revolusi pemikiran. Paling tidak, kita tentu tak mahu generasi anak kita sendiri bercakap ” Kami harini terpaksa bergadai nyawa menuntut perubahan sebab mak ayah kita yang bodo wariskan sistem ini dekat kita” (kata2 seorang protester di mesir dekat aku)
Dan tentu hari ini kita berfikir, ‘emm takde la teruk sangat melaysia ini’. Tp jika kita berlajar sejarah, slowly but surely, kefasadan dan korupsi adalah seperti kanser, bergerak secara senyap, jika terlambat ubah, mungkin tak dpt diselamatkn, nyawa akan tergadai. Sejarah sekeliling kita sangat jelas, di Indonesia, di Thailand. Macam aku cakap, maklumat, info, sejarah, idea, pengajaran di hujung jari. Kita pilih untuk buat apa dengan kemudahan yang Tuhan bagi.



