Saya pernah terbaca yg Syiah tidak menganggap bahawa permusuhan Sunni-syiah adalah disebabkan Yahudi.
Tapi,sebab dengkinya Sunni kepada Syiah-kerana syiah memang dari golongan yang betul-Sunni pula mengatakan Abdullah bin Saba’(yahudi) yang mewujudkan Syiah untuk melaga2kan syiah-sunni.
Itu ialah salah satu comment dari blog kema. Dan aku pula tak tahan nak response.
Ada satu lagi ayat yang aku dengar pasal Syiah, bunyinya begini
Syiah sekarang tengah kuat, ntah-ntah, bole jadi Syiah memang betul
Emmmm,
Aku diajar, bila timbul syak dalam hati, lebih-lebih lagi dalam bab agama, aku wajib mencari ilmu atau bertanya dengan orang yang alim untuk paham dan kembali meyakinkan hati. Dan itulah yang aku buat. Alhamdulillah, dalam bab Syiah ni, bole kata aku dah settle dah, at least untuk diri aku sendiri.
Untuk comment diatas, pertama sekali pasal Abdullah Bin Saba, silalah rujuk dekat post Saifulislam pasal perkara ini. klik disini
Adakah sebab Syiah tengah kuat, Sunni tengah lemah, maka Syiah “bole jadi” betul? (Aku tak paham macam mana dalam bab-bab agama ni bole guna “bole jadi”). So, time Salahudin Ayyub yang Sunni bebaskan Palestine, time tu Sunni betul, pastu sekarang dah tak betul? Atau selama lebih 1400 tahun Sunni mendominasi dunia Islam, sebarkan Islam sampai hujung dunia, Sunni yang betul?, pastu sekarang sebab Sunni lemah, Syiah kuat, tiba-tiba “bole jadi” Syiah betul?
Antara Sunni dan Syiah, telah ditubuhkan Dar al-Taqarub bain al-Mazahib al-Islamiyah untuk bersatu dalam menentang musuh bersama, sebab umat Islam dah kena lanyak habis dah sekarang. Pun begitu, Taqarub ini bukannya bermakna kita mengiktiraf Syiah sebagai “betul”. Sunni adalah Sunni, Syiah adalah Syiah.

Taqarub Mazahib - Mujiri Agha Di tengah-tengah
Dan janganlah pula confuse mazhab dengan negara. Iran adalah negara bermazhabkan Syiah. Negara Islam lain bermazhabkan Sunni.
Kita amik contoh, masa zaman Safavid Syiah berkuasa di kawasan Parsi (sekarang Iran), dilakukan pembunuhan besar-besaran (cleansing) terhadap penduduk asal yang Sunni (hasilnya, jadilah Iran sekarang sebagai Syiah). Kita nak kata Safavid yang jahat ke, atau Syiah yang jahat?
Begitu juga zaman sekarang, kerajaan Saud menjadi sekutu kuat US dalam menghentam negara-negara Islam. Jadi, adakah Saud yang jahat, atau sunni yang salah (atau wahabi haha)?
Balik kepada isu, Iran yang menjadi champion umat Islam zaman sekarang adalah sangat mengujakan umat Islam lain. Revolusi Islamnya menjadi pembuka mata. Ini adalah benda yang tidak dapat dinafikan sumbangannya dalam dunia Islam.
Tetapi adakah semuanya tentang Iran indah-indah belaka , Iran dari luaran memanglah nampak seperti sempurna (almost utopia di mata umat Islam yang lain), lagipun memang Iran suka memaparkan dirinya sebagai perfect. Tapi ada juga sisi gelap yang ramai tatau (mungkin kerana terlebih kagum dengan Iran hasil propagandanya yang berjaya)
Oleh kerana sifat nak amik tahu, aku pergi melancong ke Iran. Takdelah utopia sangat pun. Macam biase, orang baik, baiklah dia. Anak-anak muda Iran yang berkeliaran sama je, ramai je yang hancus. Ada kelebihan, ada kekurangan.
Iran (atau syiah? aku pun dah confuse) juga ada rahsia gelap yang tidak ditonjolkan. Comment yang menyatakan Iran (atau syiah, yang mana satu, korang decide sendiri) “tersangat baik” kepada Sunni, adalah amat naive.

Orang Muda Iran: Ketinggian Mereka Lebih Kurang Orang Melayu
Walau pun kita bertaqarub dengan niat yang baik, perkembangan-perkembangan yang berlaku mengenai Iran memaparkan niat Iran takdelah suci sangat.
1) Beribu-ribu orang Kurdish Sunni di Iran kena bunuh. Skang ni, di Tehran, masjid untuk Sunni seketul pun tarak. Orang Sunni di Iran bagai hidup segan mati tak mahu. Adakah Iran (/ Syiah?) sangat bermuhabbah dengan Sunni?
2) Di Iraq, masa zaman Saddam, orang Sunni dan Syiah boleh berkawen, beranak pinak antara satu sama lain. Sekarang ini, lepas pengaruh Iran masuk ke Iraq, berapa ribu orang Sunni kena bunuh? Syiah(/Iran?) baik ke dengan Sunni?
3) Di Lebenon, cerita yang sama, orang Sunni ada yang dibunuh Hezbullah, masjid Sunni pun ada yang dibakar. Bila orang Sunni mahu retaliate melawan balik “kekasaran” Hezbullah, pemimpin Sunni melarang, kerana tidak mahu mengusutkan lagi konflik di Lebenon. Tidak ke pelik organisasi yang sama berperang melawan Israel utk Palestine buat benda macam ni?
4) Sheikh Yusuf Qardawi secara tiba-tiba, tanpa angin tanpa ribut, mengamuk kepada Iran sebab die dapat bukti yang Iran (Syiah?) disebarkan di Mesir. Sheikh Yusuf mempersoalkan tujuan Syiah lebarkan pengaruh di Mesir. Nak jadikan Mesir “Iraq no 2″?
5) On the way dari Iran ke Turkey, aku berbual dengan seorang mamat Kurdish, die citerlah semua penindasan kerajaan Iran ke atas orang Kurd Sunni, juga masjid Sunni diruntuhkan. Juga ada bersama dalam bas tu, seorang mamat Turmenistan kata kt aku “Jumhuri Islami (Iran), akbar kazib fil alam” (aku tak terima bulat-bulat kata mamat Turmeni tu, tp ia menimbulkan persoalan menarik terhadap imej “messiah” Iran/Syiah).
Jangan salah paham, aku bukannya orang yang anti-establishment, nak hasut orang gaduh dengan Syiah ke apa. Sebagaimana ulama Sunni menubuhkan Dar Taqarub Baina Mazahib, seperti itu jugalah aku akan menyokong Taqarub tersebut.
Cuma aku tak tahan bila jumpa/baca orang yang terpengaruh dengan propaganda Iran (/ Syiah?), “Iran/Syiah juara Islam” atau “Iran/Syiah baik, orang Sunni yang prejudis” atau “Bole jadi Syiah kot yang betul”. Aku jadi kesian campur sedih.
Bukalah mata, janganlah naive sangat. Takkan senang2 kena “makan” dengan propaganda.
Pasal perbezaan mazhab Syiah dan Sunni. Itu merupakan hal lain yang panjang. Yang kalo aku ada ilmu nak tulis pun, tulis satu post mana cukup. Satu buku pun tak cukup. Untuk diri aku, alhamdulilah dah settle. Bagi yang ada syak, pergilah tanya orang2 yang alim, hilangkan syak tersebut.
Cuma ada satu yang menarik, antara perbezaan Sunni-Syiah ialah pada manhaj ilmunya. Manhaj ilmu Sunni adalah sangat tersusun, terjaga rapi, lengkap, dan yang paling penting bersanad (hasil sumbangan Ulama dari dulu sampailah sekarang). Kira telah dicodified dengan cantiklah. Manhaj Syiah plak, aku pun tak sure, kitab Turas pun ntah ada 3 4, kitab itulah yang diorang duk ulang pkai, sedangkan jika dibandingkan bilangan kitab Turas Sunni, ibarat bumi dengan langit .
Ilmu sanad tarak dalam Syiah. Kalo diorang kata hadith sekian, atau Imam sekian kata begini-begitu, takda cara pun untuk varify kesahihan kata-kata tersebut. Makna kata, kalo 90% mazhab Syiah tu tipu pun, bukan ada cara nak buktikan sebaliknya.
Sedikit trick propaganda Syiah ialah menimbulkan rasa serba salah dikalangan kita dengan memberi ultimatum: Kalo tidak Syiah, bermakna tidak cintakan Ahli Bait, sedangkan cinta kepada Ahly Bait ialah satu kewajipan dan tanda cinta kepada Nabi. Hah, bila terkena trick ini la yang ramai antara kita yang terpele’ot.

Perbezaan Mazhab Bukan Penghalang: Cintaku Tertinggal Di Iran
