Archive for September, 2008

14
Sep
08

Respon kepada pemenang2…

Aku terbaca post dari pemenang2, teringin mengomen, tp tertulis panjang plak. Bile dah panjang sangat, tak seswai plak. Last2, aku jadikan la respon aku ni sebagai entri sulung utk blog aku (yang dibuat petang tadi). Igtkan saje2 buat account, malas nk isi pape, tp…. err, wut teh hell la.

Ni respon aku, tp sblom tu, baca dulu la entri pemenang2 (dan komen2nya skali);

“Aku rase tulisan kau ni reflek langsung hasil pembelajaran kau kt Mesir ni. Lagi tepat, sistemnya. Dan nampaknya aku terpaksa membangkanglah skit. (bangkangan aku ialah diatas premis, ape yg ko tulis ni ialah refleksi perasaan ko tentang pembelajaraan kt Mesir, medic setepatnya)

1st skali, psl muktazilah, masalah muktazilah ialah meletakkan akal diatas wahyu, melimitkan kuasa takdir tuhan. Ade tuhan tp takde efek, adik beradik ngn sekularisme.

2nd, psl blaja menghafal, sbenarnya, benda yg kite blaja terutamanya taun 1 dan 2, adalah sgt basic. Dan benda basic caranya ialah kena hafal. Tak kesah displin ilmu mana2 pun, bio ke, fizik ke, matematik ke, pengajian agama ke. Basic itu yg penting, blaja tanpa basic ibarat blaja dari internet (ataupun jadiĀ  blaja tanpa guru ibarat blaja dgn setan). Blaja silat pun ada basicnya, kekuda, cara menumbuk, cara melompat.

Pengajian zaman dulu pun ade basicnya, dan zaman skang pun ade basicnya. Cume “discovery” zaman dulu dah bertukar jadi “basic” zaman ni. Bile ada basic, baru tau persoalan/masalah. Bile tau persoalan/masalah, barulah buat ekperimen ke, invention ke.

Cuma basic zaman dulu tak sama ‘saiz’nya dengan basic zaman skang. Invention zaman dulu dah jadi basic zaman skang. Dari aspek ini, bolelah dikatakan pembelajaran skang lebih mencabar dan menarik.

Sama dgn medicine, ade basicnya. Cume medicine ini, adalah rangkuman beberapa disiplin ilmu, bio (dah tentu), kimia, fizik, matematik, sosial, geography dan basic yg specific utk medic, seperti histo, fisio, anat, biochem. Jadi basic utk medic lebih memeningkan.

Percayalah, basic ini sangat penting. Tanpa basic, akan terkial-kial dihari kemudian. Tanpa basic yg kuat, akan bertambah boring belajar medic ini. Dan dengan basic yg kuat, akan menarik ditahun2 mendatang.

Dan dgn basic yg kuat baru otak kite bole berpusing2 laju bile masuk clinical. Ketika itulah nak terpikir buat invention ke, buat eksperimen ke.

Dan cara utk belajar basic ialah cara hafalan (dan paham dulu tentunya)

Sesetengah pengajian medic, seawal taun 2 dah masuk hospital (seperti di Malaysia contohnya). Dah ada oncall, blaja skill menjahit lah, masuk catheter la, wound dressing lah. Cara ini ada kelebihannya, dan tentunya ade kekurangannya.

Cara kite di Mesir, taun 4 baru jumpe pesakit, itu pun, yg diutamakannya tetap teori. Teori, teori, dan teori…, tapi ape salahnya, kata nak jadi House MD (haha). Kalo tak nak blaja menghafal sgt, tunggu taun clinical, sbb taun clinical menjanjikan keperluan memusingkan otak.

Janganlah risau tentang skill yg kurang, sbb kita lepasan pelajar medic sumer akan mengikuti housemanship 2 tahun, bersama-sama pelajar yg dah blajar skill awal2. Tempoh 2 taun tu la katanya utk asah skill kite yg kurang nnt.

Jadi insyaAllah sumernya akan ‘level out’ balik bile habis housemanship nanti. Dan tentunya teori yg tinggi akan menyebabkan otak kite menjadi lebih pusing dan kuranglah risiko menjadi sindrom burung kakak tua.

Belajar kt Mesir banyak masa lapang, jadi nk gi cari ilmu lain ke (kalo nak lah), nk beribadat lebih ke, nak gi enjoy2 ke, nk tido lebih pon bole…

p/s= tiada masalah sindrom burung kakak tua dgn pengajian cara Mesir, sbb agak banyak invention2 dan discovery2 yg dibuat doktor2 Mesir. Gi check sendiri nnt.

p/s= bezakan maklumat dan ilmu. Sbb zaman dulu, maklumat lambat, ilmu lagi jelas. Tapi zaman skang, maklumat luas, ilmu tenggelam dalam lautan maklumat.”

Allahu A’lam




September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930